• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, November 16, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

SPR Siap Sedia Hadapi Pilihan Raya Tergempar

oleh
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berada dalam keadaan siap sedia sekiranya berlaku pilihan raya umum tergempar.

Pengerusinya, Datuk Azhar Azizan Harun berkata, SPR akan melaksanakan tugas-tugasnya mengikut Perlembagaan.

“Kita kena tunaikan tanggungjawab (melaksanakan pilihan raya) itu mengikut peruntukan,” katanya.

Menurutnya, sekiranya Parlimen dibubarkan, pilihan raya perlu dilakukan dalam tempoh 60 hari.

“Kalau dibubarkan, perlu diadakan pilihan raya dalam tempoh tersebut,” katanya.

Beliau berkata sedemikian ketika diminta mengulas mengenai kesiapsiagaan SPR menghadapi pilihan raya sekiranya sidang khas Dewan Rakyat bagi menentukan majoriti tidak menemui jalan penyelesaian terhadap kemelut politik tanah air.

Azhar turut menjangkakan pilihan raya kali ini akan memakan belanja melebihi kos Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) yang ini.

Ini kerana katanya, SPR telah melakukan penambahbaikan dengan menambah saluran di setiap peti undi bagi memudahkan pengundi menjalankan tanggungjawab mereka.

“Saya sudah adakan saluran khas, tambah saluran supaya orang kurang upaya (OKU), warga emas supaya mereka tidak perlu menunggu lebih lama.

“Di PRK Kimanis, pengundi disediakan kerusi, khemah, pendingin hawa malahan ‘buggy’ untuk membawa pengundi OKU, warga emas.

“Jadi ini sudah tentu memakan belanja. Saya tidak dapat perincikan jumlahnya,” katanya ketika dihubungi pemberita di sini hari ini.

Menurutnya, SPR akan bekerjasama dengan pelbagai pihak termasuk parti- parti politik untuk menggalakkan pengundi keluar mengundi.

“Kita akan bersama-sama Jabatan Penerangan, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dan Kementerian Kesihatan (KKM) untuk tujuan ini,” katanya.

Beliau berkata, usaha akan digandakan memandangkan wujud kebimbangan terhadap risiko penularan wabak koronavirus (Covid-19).

“Rakyat tidak berani keluar seperti dahulu dan kalau KKM beri galakan dan jaminan, tiada apa yang perlu dirisaukan,” katanya.

Semalam, Perdana Menteri interim, Tun Dr. Mahathir Mohamad mengumumkan satu sidang khas di Dewan Rakyat akan diadakan bagi mengenalpasti majoriti untuk menentukan pentadbiran negara.

Sekiranya sidang khas itu gagal, satu pilihan raya akan diadakan. – Sinar Harian

Tags: Pilihan Raya UmumPRU15SPR
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

SPR Tubuh 28 Pasukan Penguat Kuasa Pantau Kempen PRN Melaka

SPR Tubuh 28 Pasukan Penguat Kuasa Pantau Kempen PRN Melaka

31/10/2026
0

MELAKA - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menubuhkan 28 Pasukan Penguat Kuasa Kempen Pilihan Raya bagi memantau semua aktiviti calon yang...

BERSAMA Desak SPR, SPRM Siasat Dakwaan Pemberian RM200 Kepada Pengundi Paya Rumput

BERSAMA Desak SPR, SPRM Siasat Dakwaan Pemberian RM200 Kepada Pengundi Paya Rumput

30/10/2026
0

MELAKA - Parti BERSAMA menggesa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat dakwaan pemberian wang RM200...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd