• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, August 13, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

9 Rakyat Malaysia Di Wuhan Tak Dapat Pulang

oleh
26/02/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Sembilan rakyat Malaysia yang dijadual pulang hari ini dari Wuhan, China tidak dapat menaiki pesawat atas faktor kesihatan dan logistik.

Kementerian Luar Negeri Negeri (KLN) dalam satu kenyataan berkata, hanya 66 rakyat Malaysia melepasi saringan kesihatan yang dibuat di Lapangan Terbang Antarabangsa Tianhe, Wuhan.

“Enam orang yang hadir di lapangan terbang tidak dapat menaiki pesawat berkenaan disebabkan isu kesihatan, seorang tarik diri dengan tidak hadirkan diri ke lapangan terbang, seorang tidak dapat turut serta disebabkan komitmen kerja manakala seorang lagi tidak dapat meninggalkan Wuhan kerana mengalami kesukaran untuk mendapatkan kenderaan menuju ke lapangan terbang.

“Ini bermakna, dari 75 penumpang yang dijadualkan pulang sebelum ini, sembilan daripadanya tidak dapat pulang ke Malaysia,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Menurut kenyataan berkenaan, penerbangan AirAsia AK8265 bertolak dari Wuhan pada jam 1.45 pagi tadi dan tiba pada jam 6.50 pagi ini.

Selain membawa pulang rakyat Malaysia yang bermastautin di sana, penerbangan itu turut membawa 12 kru penerbangan, sembilan wakil agensi kerajaan dari Malaysia serta dua pegawai Kedutaan Besar Malaysia di Beijing.

Tambahnya, kejayaan misi kedua untuk membawa pulang rakyat Malaysia di Wuhan itu adalah hasil kerjasama pelbagai agensi kerajaan termasuk dari KLN, Agensi Pengurusan Bencana (NADMA) dan Kementerian Kesihatan.

“Hubungan baik dan kerjasama yang erat antara Kerajaan Malaysia dan China juga menjadi penyumbang utama kejayaan ini.

“Sudah pasti ianya telah menggambarkan hubungan persahabatan yang kukuh antara kedua-dua buah negara,” katanya.

Terdahulu, bekas Timbalan Perdana Menteri yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Pusat, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail, dilaporkan berkata hanya rakyat Malaysia di Wuhan yang sihat dan negatif wabak COVID-19 akan dibenarkan menaiki pesawat untuk dibawa pulang ke tanah air sebelum menjalani kuarantin di Akademi Kepimpinan Pendidikan Tinggi (AKEPT) Nilai, selama 14 hari sejurus tiba di negara ini. – BH Online

Tags: ChinaCovid-19koronavirusrakyat Malaysiawuhan
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Bekerja Sepenuh Masa, Tetapi Hujung Bulan Duit Tak Cukup Realiti Rakyat Malaysia – Tengku Zafrul

Bekerja Sepenuh Masa, Tetapi Hujung Bulan Duit Tak Cukup Realiti Rakyat Malaysia – Tengku Zafrul

12/08/2026
0

KUALA LUMPUR - "Bekerja sepenuh masa, tetapi hujung bulan duit tak cukup. Inilah realiti yang sedang dihadapi ramai rakyat Malaysia,"...

Saya ‘Bukti Hidup’ DAP Untuk Semua Rakyat Malaysia – Syahredzan

Saya ‘Bukti Hidup’ DAP Untuk Semua Rakyat Malaysia – Syahredzan

22/07/2026
0

SEREMBAN - Ahli Parlimen Bangi, Syahredzan Johan mendakwa beliau merupakan 'bukti hidup' DAP sebuah parti untuk rakyat Malaysia. Menurutnya, ramai...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd