• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mi Racun Batu Pahat Meracuni Selera Penggemar

oleh
18/02/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

BATU PAHAT – Apabila disebut ‘Mi Racun’ agak menyeramkan bagi sesiapa yang tidak mengenalinya dan adakah penjualnya meletakkan racun ke dalam hidangan ini. Sebenarnya hidangan yang popular di Batu Pahat ini tidak beracun tetapi ia “meracuni selera” terutama mereka yang pertama kali merasainya.

Pemilik gerai mi racun, Muhd Hussein A Jabar, 46, berkata mi itu bukanlah beracun tetapi resepinya diubah suai daripada mi tomato yang boleh didapati dalam dua pilihan, iaitu mi racun gearbox dan mi racun ‘original’.

Beliau berkata sejarah mi racun ini  bermula daripada datuknya yang berasal dari India, Naina Mohd, yang datang ke negara ini pada tahun 1960-an dan ketika itu hanya menjual pelbagai jenis rojak, termasuklah rojak mi.

“Kemudian timbul idea untuk membuat kelainan, dan datuk saya  mencipta resepi rahsia  mi racun ini sehingga menjadi ‘ketagihan’ kepada pelanggan yang menikmatinya,” kata Muhd Hussein ketika ditemui Bernama, di gerai miliknya di Taman Sri Jaya, di sini, baru-baru ini.

Beliau berkata ayah dan bapa saudaranya yang mewarisi resepi berkenaan turut memberikan resepi itu kepadanya dan tiga lagi sepupunya untuk meneruskan legasi kegemilangan mi racun yang hanya terdapat di Batu Pahat.

Selain gerai miliknya, sepupunya turut membuka tiga lagi cawangan mi racun ini iaitu di Jalan Sultanah, Jalan Timah Sari dan Sri Gading.

“Walaupun kini terdapat empat gerai mi racun di daerah ini, namun rasanya tetap sama kerana keempat-empatnya mewarisi resepi yang sama, kerana resepi mi racun ini adalah warisan keluarga kami,” katanya.

Muhd Hussein berkata beliau tidak menghalang mana-mana peniaga lain untuk menggunakan nama mi racun kerana yang pasti, mi yang dihasilkannya mempunyai keistimewaan tersendiri.

“Buat masa ini kami tidak merancang untuk membuka cawangan di luar daerah Batu Pahat, biarlah mi racun ini terus sinonim dengan dengan daerah ini… sebut sahaja mi racun akan teringat kepada Batu Pahat,” katanya.

Muhd Hussein berkata semenjak beliau membuka gerai itu pada tahun 2010, ramai orang kenamaan serta selebriti berkunjung untuk menikmati sama ada mi racun original atau mi racun gearbox.

Beliau berkata gerainya turut kerap menjadi lokasi persinggahan kumpulan pemilik motosikal berkuasa tinggi yang berkunjung ke daerah Batu Pahat serta sekitarnya dan pelanggan yang paling jauh adalah pemilik motosikal berkuasa tinggi dari Thailand.

“Antara yang kerap berkunjung ke sini adalah pelakon dan pelawak terkenal iaitu arwah Zaibo, yang pasti akan singgah apabila balik ke kampung isterinya di Rengit,” katanya.

Beroperasi setiap hari, kecuali pada Isnin minggu kedua dan keempat, perniagaan mi racun ini bermula pukul 4 petang sehingga 11 malam. 

Tags: Batu PahatJohorMi Racun
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

6 Pelajar Disyaki Membuli Bakal Disingkirkan Dari MRSM – Asyraf Wajdi

6 Pelajar Disyaki Membuli Bakal Disingkirkan Dari MRSM – Asyraf Wajdi

28/06/2026
0

KUALA LUMPUR – Enam pelajar Tingkatan Lima yang disyaki terbabit dalam satu kes buli di sebuah Maktab Rendah Sains MARA...

PRN Johor: PH Janji Bawa Kemajuan – Netizen Tanya Bila Tol Percuma Simpang Renggam?

PRN Johor: PH Janji Bawa Kemajuan – Netizen Tanya Bila Tol Percuma Simpang Renggam?

28/06/2026
0

JOHOR BAHRU - Calon Pakatan Harapan (PH), Dr Maszlee Malik menegaskan bahawa PH berjanji akan membawa kemajuan di Johor sekiranya...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd