• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Rakyat Malaysia Pertama Positif Covid-19 Disahkan Sembuh

oleh
17/02/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Rakyat Malaysia pertama yang didapati positif koronavirus (Covid-19) awal bulan lalu disahkan sembuh sepenuhnya dan dibenarkan pulang hari ini.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad berkata, mangsa berusia 41 tahun itu sebelum ini dirawat di Hospital Sungai Buloh.

“Kes tersebut adalah kes kesembilan melibatkan seorang lelaki warganegara Malaysia berumur 41 tahun.

“Beliau juga merupakan warganegara Malaysia pertama yang disahkan positif jangkitan Covid-19,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mengulas lanjut Dzulkefly berkata, tiada kes baharu melibatkan wabak itu dilaporkan berlaku di negara hari ini.

“Jumlah kumulatif kes Covid-19 yang dilaporkan sehingga hari ini kekal sebanyak 22 kes di mana hanya 13 kes yang masih dirawat di wad,” katanya.

Dalam kenyataan sama, Dzulkefly turut memaklumkan bahawa beliau telah mengadakan telesidang bersama dengan Menteri Kesihatan Kemboja, H E Prof Mam Bunheng hari ini.

Telesidang yang berlangsung selama 15 minit itu dibuat bagi memperkukuhkan kerjasama di antara kedua-dua negara dalam usaha menangani kejadian jangkitan Covid-19.

“Pada telesidang tersebut, saya telah maklumkan kepada beliau bahawa pesakit warganegara Amerika Syarikat tersebut menunjukkan tahap kesihatan yang semakin baik.

“Saya turut memaklumkan bahawa ujian pengesahan Covid-19 ulangan telah dijalankan mengikut tatacara yang telah ditetapkan dan didapati masih positif.

“Saya dan Menteri Kesihatan Kemboja berharap keadaan kesihatan pesakit berkenaan bertambah baik,” katanya.

Katanya, KKM akan terus memantau perkembangan kejadian jangkitan ini melalui maklumat yang diperoleh daripada pihak Pertubuhan Kesihatan Sedunia. – Sinar Harian

Tags: Covid-19koronavirusrakyat Malaysia
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Raja Permaisuri Agong Mengingatkan Rakyat Malaysia Sentiasa Memelihara Adab Di Dalam Atau Luar Negara

Raja Permaisuri Agong Mengingatkan Rakyat Malaysia Sentiasa Memelihara Adab Di Dalam Atau Luar Negara

19/06/2026
0

KUALA LUMPUR - Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah mengingatkan rakyat Malaysia sentiasa menitikberatkan kepentingan memelihara adab dan nilai menghormati...

Individu Tidak Mahu Ikut Prinsip Rukun Negara Tidak Layak Digelar Warganegara Malaysia –  Yang di-Pertuan Agong

Individu Tidak Mahu Ikut Prinsip Rukun Negara Tidak Layak Digelar Warganegara Malaysia – Yang di-Pertuan Agong

01/06/2026
0

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim bertitah mana-mana individu yang tidak mahu mengikut prinsip Rukun Negara tidak layak...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd