• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Coronavirus Tak Jejas Jualan Daging Kelawar

oleh
12/02/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

MANADO – Daging kelawar masih menjadi makanan kegemaran di beberapa wilayah di Indonesia meskipun wabak coronavirus di China disahkan berpunca daripada haiwan itu.

Walaupun kajian membuktikan coronavirus baharu (2019-nCoV) itu mungkin berasal daripada kelawar sebelum menjangkiti manusia, ia tidak menjejaskan jualan daging hidupan liar itu.

Kelawar adalah makanan tradisi masyarakat Minahasan di Sulawesi Utara, yang memasak gulai di panggil Paniki, di mana keseluruhan kelawar termasuk kepala dan sayapnya dimasak.

Penjual kelawar, Stenly Timbuleng, yang mempunyai gerai di Tomohon, sebuah bandar di Sulawesi Utara, di selatan Manado, berkata coronavirus tidak memberi kesan terhadap perniagaannya.

“Malah, perniagaan agak bagus, semuanya sentiasa habis dijual, yang mana secara purata saya jual antara 50 hingga 60 ekor kelawar sehari tetapi boleh meningkat sehingga 600 pada hari keramaian,” katanya.

Penulis buku masakan, William W Wongso, memberitahu Reuters bahawa kelawar adalah sumber protein masyarakat setempat, terutama di Sulawesi Utara.

“Bahagian yang saya sukai ialah sayapnya. Kelenjar di pangkal lengan dan leher kelawar dibuang terlebih dulu supaya tidak berbau.

“Kemudian, ia boleh disalai atau dibakar bagi membuang bulunya sebelum dipotong kecil serta dimasak bersama herba, rempah dan santan,” katanya yang juga pakar masakan Indonesia menghasilkan lebih enam buku masakan.

Di China, coronavirus mengorbankan lebih 1,000 mangsa dan menjangkiti lebih 42,700 orang manakala 319 kes coronavirus dilaporkan di 24 negara lain, termasuk dua kematian.

Walaupun tiada kes dilaporkan di Indonesia, penularan wabak itu mendorong sebahagian besar restoran Manado di Jakarta tidak lagi menghidangkan daging kelawar.

Bagi warga Manado, Jufry Mantak, kaitan antara kelawar dan coronavirus tidak menjejaskan seleranya untuk menjamah makanan kegemarannya.

“Tiada kes coronavirus di Manado setakat ini, maka kami di sini masih terus memakannya (kelawar) kerana ia bagus, terutama bila dimasak dengan santan,” katanya. – Agensi

Tags: Chinacoronavirusdaging kelawarIndonesia
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Dakwaan Hina Penduduk China: PDRM Akhirnya Buka Siasatan Tatatertib Terhadap Anggota

Dakwaan Hina Penduduk China: PDRM Akhirnya Buka Siasatan Tatatertib Terhadap Anggota

23/06/2026
0

Oleh Mynewshub  KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan telah membuka kertas siasatan tatatertib terhadap seorang anggotanya yang dikaitkan...

Ekyn.Wong Muat Naik Kenyataan Permohonan Maaf Isu Tular Ketika Bercuti Di China

Ekyn.Wong Muat Naik Kenyataan Permohonan Maaf Isu Tular Ketika Bercuti Di China

20/06/2026
0

KUALA LUMPUR – Akaun Tiktok ekyn.wong hari ini memuat naik kenyataan permohonan maaf oleh individu bernama Nur Asyiqin Mohd Dalil...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd