• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ada 56 Lagi Rakyat Malaysia Di Syria

oleh
31/01/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PEKAN – Seramai 56 rakyat Malaysia masih di Syria, termasuk sembilan yang dipercayai terbabit dengan aktiviti keganasan berada di penjara Al-Hasakah di negara terbabit.

Daripada jumlah itu, 27 orang, masing-masing 10 wanita dewasa, 12 kanak-kanak lelaki dan lima kanak-kanak perempuan berada di Kem Al-Houl.

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Anti Pengganas (E8) Cawangan Khas Bukit Aman, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay, berkata berdasarkan maklumat, seorang lelaki dewasa kini berada di Idlib.

Bagaimanapun, katanya, baki 19 orang lagi rakyat negara ini tidak dapat diketahui lokasi iaitu membabitkan sembilan lelaki dewasa, dua wanita dewasa, lima kanak-kanak lelaki dan tiga kanak-kanak perempuan.

“Berdasarkan risikan maklumat daripada Agensi Pelarian Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNHCR), keadaan di kem begitu sukar membabitkan golongan wanita dan kanak-kanak.

“Pada masa sama, ada usaha kumpulan militan Negara Islam (IS) untuk memantapkan ideologi mereka untuk memastikan rakyat Malaysia dan rakyat negara lain di sana tidak kembali ke negara masing-masing.

“Kumpulan IS ini meyakinkan mereka bahawa IS akan kembali berkuasa,” katanya pada sidang media selepas Program Bicara Cendekiawan Mulia Universiti Malaysia Pahang (UMP) membicarakan topik wacana Pengganas: Pengaruh dan Ancaman Dalam Negara Bangsa di UMP, di sini semalam.

Hadir sama, Naib Canselor UMP, Prof. Dr. Wan Azhar Wan Yusoff; Ketua Cawangan Khas Pahang, Datuk Mohd Khalid Ismail dan Timbalan 2 Ketua Cawangan Khas (KCK) Risikan dan Operasi Pahang, Asisten Komisioner Daud Omar.

Lebih 200 kakitangan UMP hadir dalam program berkenaan.

Ditanya tindakan sekiranya mereka kembali ke Malaysia, Ayob Khan berkata, hanya lelaki dewasa yang pulang ke Malaysia akan ditahan dan dituduh ke mahkamah.

Bagaimanapun, katanya, wanita dan kanak-kanak akan dibuat penilaian khusus menggunakan pakar psikologi dan agama untuk menilai ideologi mereka.

“Kami akan mendapatkan jawapan sebab apa mereka ke Syria? Adakah dipaksa atau ditipu? Jika ada bukti wanita dewasa juga terbabit, mereka akan dituduh di mahkamah,” katanya. – BH Online

Tags: PDRMrakyat MalaysiaSyria
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Cawangan Di Kawasan Majoriti Melayu Bukti DAP Bukan Parti Perkauman – Poay Tiong

Cawangan Di Kawasan Majoriti Melayu Bukti DAP Bukan Parti Perkauman – Poay Tiong

12/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Pengerusi DAP Melaka, Khoo Poay Tiong mendakwa penubuhan cawangan parti itu di kawasan majoriti pengundi Melayu membuktikan...

Video Tular Perlekeh Polis Elak Sekatan Jalan Raya: PDRM Buka Kertas Siasatan

Video Tular Perlekeh Polis Elak Sekatan Jalan Raya: PDRM Buka Kertas Siasatan

26/04/2026
0

KOTA BHARU – Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengambil tindakan susulan penularan satu rakaman video di media sosial yang didakwa memperlekehkan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd