• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tiada Tercicir Bawa Pulang Rakyat Malaysia Di Wuhan

oleh
30/01/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kedutaan Besar Malaysia di China sedang mengenal pasti jumlah sebenar rakyat Malaysia yang berada di bandar Wuhan dan kawasan sekitarnya dalam usaha membawa pulang mereka yang berada di kawasan terjejas ekoran penularan penyakit berjangkit koronavirus.

Duta Besar Malaysia ke China, Raja Datuk Nushirwan Zainal Abidin berkata, ia bagi memastikan tiada individu yang tercicir daripada senarai mereka yang akan dibawa pulang ke tanah air.

“Kami masih meneruskan usaha mendapatkan nama dan bilangan rakyat Malaysia yang berada di Wuhan dan kawasan sekitarnya yang ingin pulang. Namun jika ada antara mereka yang enggan pulang, itu bergantung kepada mereka.

“Sehingga kini kami telah mendapat 96 rakyat Malaysia dan 20 pasangan (bukan warganegara) yang lapan daripadanya adalah pelajar dan bakinya adalah mereka yang melancong ke China untuk melawat keluarga mereka,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Raja Nushirwan berkata, rakyat Malaysia yang masih belum menghubungi pihak kedutaan diminta berbuat demikian bagi memastikan proses membawa pulang berjalan lancar.

Ditanya sama ada bekalan makanan rakyat Malaysia di sana mencukupi, Raja Nushirwan berkata, ketika ini pihaknya turut berusaha untuk menghantar bekalan makanan ke premis kediaman rakyat Malaysia.

“Daripada maklumat yang saya terima memang ada kebimbangan (bekalan makanan tidak mencukupi) tetapi mereka di sana masih mendapat bekalan makanan berikutan kerajaan China pun dah membekalkan makanan ke Wuhan.

“Kami pun sedang berusaha untuk menghantar bekalan makanan ke kediaman mereka (rakyat Malaysia),” katanya.

Semalam Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, Malaysia bersedia untuk membawa pulang rakyatnya yang kini berada di Wuhan jika dibenarkan oleh kerajaan China.

“Namun jika ada antara mereka yang enggan pulang, itu bergantung kepada mereka,” kata Duta Besar Malaysia ke China.

Dr. Mahathir berkata, kerajaan Malaysia melalui Kementerian Luar akan memulakan rundingan secepat mungkin dengan kerajaan China bagi tujuan itu.

Kerajaan China dilapor melaksanakan perintah berkurung membabitkan jutaan penduduk di beberapa bandar raya yang dikesan dilanda wabak koronavirus. 

Tags: Chinakoronavirusrakyat Malaysiawuhan
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Dakwaan Hina Penduduk China: PDRM Akhirnya Buka Siasatan Tatatertib Terhadap Anggota

Dakwaan Hina Penduduk China: PDRM Akhirnya Buka Siasatan Tatatertib Terhadap Anggota

23/06/2026
0

Oleh Mynewshub  KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan telah membuka kertas siasatan tatatertib terhadap seorang anggotanya yang dikaitkan...

Ekyn.Wong Muat Naik Kenyataan Permohonan Maaf Isu Tular Ketika Bercuti Di China

Ekyn.Wong Muat Naik Kenyataan Permohonan Maaf Isu Tular Ketika Bercuti Di China

20/06/2026
0

KUALA LUMPUR – Akaun Tiktok ekyn.wong hari ini memuat naik kenyataan permohonan maaf oleh individu bernama Nur Asyiqin Mohd Dalil...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd