• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, October 11, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Dakwaan Koronavirus Dibuat Dalam Makmal Tak Benar

oleh
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Dakwaan sesetengah netizen bahawa 2019 Novel Koronavirus (2019-nCoV) dihasilkan dalam makmal dengan vaksinnya sudah sedia ada adalah tidak tepat.

Menurut Factcheck.org, sehingga hari ini tidak ada vaksin bagi virus baharu itu dan tidak ada paten berkaitan dengan virus berkenaan, demikian menurut pertubuhan bukan-keuntungan yang bekerjasama dengan Facebook untuk membongkar maklumat tidak betul, dalam laman webnya.

Memetik Centers for Disease Control and Prevention, pertubuhan itu menyatakan bahawa sebahagian entri ‘teori konspirasi’ melalui platform media sosial mengaitkannya dengan paten yang sebenarnya berhubungan dengan dua virus berlainan dalam keluarga koronavirus.

Ia terbentuk oleh sekumpulan virus yang boleh menyebabkan gangguan pernafasan kepada manusia dan beberapa jenis penyakit lain kepada binatang.

Satu paten adalah untuk satu urutan genetik virus yang menyebabkan SARS membabitkan urutan yang dilakukan di CDC semasa wabak SARS dan paten itu dikemukakan oleh mereka.

Paten lain yang sepatutnya berhubungan adalah untuk satu bentuk mutasi bagi virus bronkitis jangkitan burung, atau OBV yang dikemukakan Institut Pirbright iaitu sebuah institut penyelidikan di UK, yang menjangkiti ternakan tetapi bukan manusia.

“Tiada satu pun daripadanya mempunyai kaitan dengan virus baharu 2019-nCoV. Ini jelas satu teori penipuan kononnya virus ini dihasilkan dalam makmal, dipatenkan dan mempunyai vaksinnya,” kata Matthew Frieman, seorang penyelidik koronavirus di Universiti Maryland, dipetik laman web Factcheck.org.

Antara entri dalam Facebook itu yang dikongsi bersama Factcheck.org dalam laman webnya berbunyi “Cukup lucu sekali, sudah ada paten untuk koronavirus yang difailkan pada 2015 dan diluluskan pada 2018.”

Tambahnya, “Satu lagi yang dikongsi dengan yang lain dan sebahagian daripada siri entri tidak benar mengenai koronavirus, yang mendakwa bahawa virus itu ‘baharu’ tetapi ia dihasilkan dari makmal dan dipatenkan pada 2015 (dalam pembangunan sejak 03’).”

Buat masa sekarang, Factcheck.org menyatakan para penyelidik masih berusaha untuk memahami asal usul, penyebaran dan keterukan berhubung virus terbaharu koronavirus.

Bukti mencadangkan bahawa virus itu berkemungkinan menjangkiti manusia daripada sejenis binatang yang masih belum dikenal pasti, seperti yang berlaku sebelum ini untuk koronavirus yang lain.

Contohnya, virus SARS, dikatakan terhasil dari kelawar dan kemudian merebak kepada manusia menerusi musang yang dimakan sebagai sajian istimewa di Asia.

Virus SARS kemudian terbukti boleh dijangkiti daripada seseorang kepada yang lain.

Sehingga Sabtu lalu, Kementerian Kesihatan mengesahkan empat kes jangkitan koronavirus di Malaysia.

Tags: 2019-nCoVChinanovel koronavirusSARS
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

PMX Anwar Umum Lawatan Beliau Ke China Membuahkan Hasil Potensi Pelaburan

PMX Anwar Umum Lawatan Beliau Ke China Membuahkan Hasil Potensi Pelaburan

26/09/2026
0

KUALA LUMPUR - "Alhamdulillah, lawatan kerja saya ke Shanghai dan Hangzhou telah membuahkan hasil yang bermakna, terutamanya dalam memanfaatkan potensi...

PMX Anwar Puji Kelajuan, Kecepatan Kereta Api Berkelajuan Tinggi HSR

PMX Anwar Puji Kelajuan, Kecepatan Kereta Api Berkelajuan Tinggi HSR

23/09/2026
0

HANGZHOU - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memuji perkhidmatan kereta api berkelajuan tinggi (HSR) selepas pertama kali menaiki HSR...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd