• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 18, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

13 Bandar Di China Dikuarantin Akibat Koronavirus

oleh
25/01/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

BEIJING – Tindakan China memperluaskan langkah kuarantin dan sekatan perjalanan bagi mengekang penularan wabak koronavirus atau dikenali sebagai 2019-nCoV menyebabkan lebih 40 juta penduduk di 13 buah bandar ‘terperangkap’.

Situasi itu mencetuskan panik dalam kalangan rakyat selepas khabar angin tersebar bahawa katil dan ubat di hospital tempatan tidak mencukupi untuk menampung mereka yang mahu mendapatkan rawatan.

Pegawai di bandar Xianning, Xiagon, Enshi dan Zhijing berkata, perkhidmatan pengangkutan awam termasuk bas dan stesen kereta api digantung.

Keempat-empat bandar terbabit terletak di tengah wilayah Hubei, lokasi dikenal pasti sebagai pusat wabak yang mempunyai 80 peratus persamaan dengan Sindrom Pernafasan Akut Teruk (SARS).

SARS meragut hampir 650 nyawa di China dan Hong Kong pada 2002 hingga 2003.

Terdahulu, Jingzhou yang mempunyai populasi 6.4 juta penduduk mengenakan larangan perjalanan di semua stesen kereta api bermula jam 4 pagi (waktu tempatan) semalam.

Menurut pihak berkuasa, tindakan itu perlu untuk mengekang penularan koronavirus yang setakat ini telah meragut 26 nyawa dan mencatatkan lebih 800 kes jangkitan.

Perkhidmatan bot dan bas juga dilarang masuk ke Wuhan.

Antara bandar lain yang dikenakan sekatan perjalanan termasuk Xiantao yang mempunyai 1.5 juta penduduk dan Chibi yang berkepadatan penduduk 500,000 orang.

Bandar Ezhou, Huanggang dan Lichuan juga mengumumkan langkah sama.

China meningkatkan langkah mengekang penularan wabak koronavirus dengan menutup sementara jambatan, pengangkutan awam dan lapangan terbang utamanya.

Bandar Zhijiang yang mempunyai populasi 550,000 penduduk mengumumkan penutupan semua perniagaan kecuali farmasi.

Bandar Enshi dengan populasi 800,000 penduduk menutup semua tempat hiburan. – Agensi

Tags: 2019-nCoVChinakoronavirusSARSwabak
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Wabak Misteri Di Lautan Atlantik: 3 Maut Atas Kapal Persiaran MV Hondius

Wabak Misteri Di Lautan Atlantik: 3 Maut Atas Kapal Persiaran MV Hondius

04/05/2026
0

PRAIA – Insiden mengejutkan berlaku di tengah Lautan Atlantik apabila tiga individu dilaporkan maut dalam satu wabak penyakit misteri yang...

Lelaki China Bawak ‘Politik’ Ke Kedai Pengurup Wang

Lelaki China Bawak ‘Politik’ Ke Kedai Pengurup Wang

10/04/2026
0

Oleh Mynewshub  SEORANG lelaki warga China dilaporkan mencetuskan kekecohan di sebuah kedai pengurup wang selepas mempertikaikan status mata wang dari...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd