• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, December 6, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

China Bina Hospital Baharu Dalam Masa 10 Hari

oleh
25/01/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

BEIJING – China giat mendirikan sebuah hospital baharu dalam tempoh 10 hari untuk merawat pesakit ketika penularan wabak maut yang menjangkiti ratusan penduduk di negara itu.

Kemudahan di pusat bandar Wuhan dijangka akan digunakan pada 3 Februari bagi menangani peningkatan jumlah pesakit yang dijangkiti coronavirus yang menyebabkan sekurang-kurangnya 26 orang mati dan berjuta-juta penduduk perlu berkurung dalam usaha mengekang penyebarannya.

Berpuluh-puluh jentera berat yang sedang giat beroperasi dirakamkan syarikat penyiar tempatan, CCTV.

Hospital itu akan mempunyai kapasiti 1,000 katil membabitkan kawasan lebih 25,000 meter persegi (270,000 kaki persegi), kata agensi berita rasmi Xinhua itu.

Pembinaan bermula sebaik laporan timbul kekurangan katil di hospital yang ditetapkan untuk menangani wabak, yang kini menjangkiti 830 orang di seluruh China.

Xinhua berkata kemudahan baru ini bertujuan untuk “mengurangkan kekurangan sumber rawatan perubatan dan meningkatkan keupayaan untuk menjaga pesakit.”

“Kami telah mengerahkan semua pekerja yang ditinggalkan di Wuhan untuk bekerja kuat dalam memastikan pembinaan sepanjang masa,” kata pengurus kumpulan pembinaan Wuhan Construction, Zhang Chongxi

Pada 2003 China mendirikan sebuah hospital di pinggir luar bandar Beijing dalam masa hampir seminggu untuk menampung sejumlah pesakit yang menderita SARS, atau Sindrom Pernafasan Akut Teruk, yang membunuh 349 orang di tanah besar China dan 299 di Hong Kong pada 2002-2003.

Hospital Xiaotangshan dibangunkan daripada struktur pasang siap dan Xinhua melaporkan pada hari Jumaat bahawa Wuhan sedang membina kemudahan baharu berdasarkan model yang sama.

Bandaraya lebih daripada 11 juta orang telah memusatkan rawatannya terhadap virus baharu dengan mengasingkan pesakit di 61 klinik dan hospital yang ditetapkan. – Agensi

Tags: Chinacoronaviruswabak
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tahan Keretapi Laju Dari Bergerak Guna Kaki

Tahan Keretapi Laju Dari Bergerak Guna Kaki

06/11/2025
0

Tahan Keretapi Laju Dari Bergerak Guna Kak CHINA, 6 November 2025 _ Satu insiden berlaku di Stesen Kereta Api Utara...

Pesawat AS Terhempas Di Laut China Selatan: China Sedia Bantu

Pesawat AS Terhempas Di Laut China Selatan: China Sedia Bantu

27/10/2025
0

BEIJING: Kementerian Luar China menyatakan kesediaan memberikan bantuan kemanusiaan kepada Amerika Syarikat (AS), susulan insiden dua pesawat Tentera Laut AS...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd