• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 19, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Semuanya Mahal Sekarang, Poket Rakyat Terjejas

oleh
22/01/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kerajaan diminta segera menangani isu kenaikan sara hidup yang membebankan kehidupan rakyat Malaysia terutama golongan miskin dan berpendapatan rendah serta sederhana.

Isu yang perlu diberi keutamaan pada masa ini adalah kenaikan harga bahan mentah makanan secara berterusan.

Prof. Datuk Dr. Teo Kok Seong berkata, isu ini kritikal kerana ia menjejaskan kehidupan rakyat pada masa sekarang, tidak kira yang menetap di bandar mahupun di luar bandar.

Kerajaan sewajarnya memantau dan menangani isu ini dengan pantas sebagaimana yang diharapkan oleh rakyat.

Felo Utama Institut Kajian Etnik (KITA), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) menambah, meskipun kerajaan menunjukkan kesungguhan memperbaiki ekonomi negara dengan memperkenalkan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030) tetapi itu adalah dasar jangka panjang.

Keberkesanan atau kejayaannya hanya akan dilihat dalam tempoh 10 tahun lalu.

Tetapi dalam realiti sekarang rakyat berdepan dengan isu kehidupan yang sungguh sukar terutama apabila barang-barang mentah makanan naik, langsung tidak turun.

“Kita menyambut baik usaha kerajaan untuk mengurangkan jurang kekayaan dalam WKB 2030 tetapi ia perancangan jangka panjang.

“Apa yang rakyat mahu kerajaan sekarang ialah atasi isu kenaikan harga barang terutama barang makanan mentah yang digunakan setiap hari.

“Sebagai contohnya harga ikan, sayur-sayur, telur yang meningkat. Sardin dalam tin dan ikan bilis yang dahulunya menjadi sumber makanan ‘hujung bulan’ pun seakan sudah sama harga dengan ikan mentah.

“Kalau semua barang mahal, apa yang tinggal dalam poket rakyat. Oleh sebab itu, kualiti hidup rakyat semakin merosot,” soalnya.

Teo berkata, isu kenaikan kos sara hidup tidak boleh dipandang remeh oleh kerajaan meskipun rakyat dimaklumkan bahawa kerajaan tidak boleh mengawal harga secara keseluruhan.

Namun, pada pandangannya, sebagai sebuah kerajaan yang prihatin, kerajaan perlu mencari jalan dan kaedah yang sesuai dan terbaik untuk menanganinya,

“Isu ini bukan kecil kerana telah menjejaskan ‘poket rakyat’. Lagipun kenaikan yang berlaku tidak seiring dengan kenaikan pendapatan. Ini adalah realiti sebenar.

“Sebab itu di media-media sosial kita lihat pelbagai kisah sedih rakyat dalam mencari pendapatan lebih bagi menampung kehidupan yang semakin mencabar,” katanya.

Menurut beliau, sudah 20 bulan kerajaan mengambil alih pemerintahan dan setakat ini belum ada pendekatan ketara diambil oleh kerajaan menerusi menerusi agensi-agensinya dalam menangani isu kenaikan harga secara total.

“Sehubungan itu, saya berharap kerajaan segera menangani masalah ‘perut’ rakyat berbanding isu-isu politik yang mendominasi kerajaan pada masa ini,” ujarnya. – MalaysiaGazette

Tags: Harga BarangKos Sara Hiduprakyat Malaysia
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Cawangan Di Kawasan Majoriti Melayu Bukti DAP Bukan Parti Perkauman – Poay Tiong

Cawangan Di Kawasan Majoriti Melayu Bukti DAP Bukan Parti Perkauman – Poay Tiong

12/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Pengerusi DAP Melaka, Khoo Poay Tiong mendakwa penubuhan cawangan parti itu di kawasan majoriti pengundi Melayu membuktikan...

DAP Berkembang Menjadi Sebuah Gerakan Politik Matang, Mewakili Aspirasi Semua Rakyat Malaysia – Nga Kor Ming

DAP Berkembang Menjadi Sebuah Gerakan Politik Matang, Mewakili Aspirasi Semua Rakyat Malaysia – Nga Kor Ming

19/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Timbalan Pengerusi Kebangsaan DAP, Nga Kor Ming menyeru semua ahli parti agar terus teguh dengan komitmen kepada...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd