• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Keputusan Cemerlang Berkat Jaga Ibu Sakit

oleh Ahmad Albab
04/03/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BHARU – Berkat menjaga ibu yang sakit akibat diserang strok, seorang pelajar Sekolah Tun Fatimah di sini memperoleh 9A dalam keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2014 yang diumumkan hari ini.

Nur Fara Asyiqin Mohd Razali, 18, berasal dari Bandar Baru Bangi itu sering ketinggalan program yang dianjurkan di luar sekolah kerana mahu menjaga ibunya yang sakit terutama semasa cuti penggal.

Bahkan setiap dua minggu sekali gadis ini akan pulang ke Bangi untuk menjaga ibunya pada hujung minggu.

“Saya pernah terfikir hendak keluar dari sekolah ini setelah mendapat khabar yang ibu saya diserang strok. Bagaimanapun, saya pasrah dan terus menjaga ibunya kerana percaya ada hikmah di sebalik apa yang berlaku,” katanya kepada pemberita selepas mengambil keputusan SPM di sekolahnya, di sini hari ini.

Anak bongsu dari lapan adik-beradik itu yang meminati sains dan sejarah, berhasrat untuk melanjutkan pelajaran ke universiti dalam bidang perubatan forensik.

Antara sebab yang mendorong kepada kejayaan Nur Fara dalam peperiksaan itu ialah tabiat suka mengulang kaji mata pelajaran sebelum proses pembelajaran keesokan hari.

“Selain itu, saya sentiasa beristiqamah dalam apa yang saya buat. Saya turut mengamalkan pembacaan Surah Yaasin, Al-Luqman serta berqiammulail,” kata anak kepada bekas pensyarah itu.

Sementara itu, Chong Chen Hoi, 18, juga daripada sekolah yang sama menyifatkan usahanya mengurangkan masa tidur untuk mengulangkaji pelajaran membuahkan hasil apabila dia berjaya mendapat 11A.

“Saya korbankan sedikit masa tidur dan sentiasa mencari masa yang sesuai untuk belajar memandangkan saya juga perlu mengikuti aktiviti kokurikulum,” kata anak kepada tukang paip itu.

Naib Pengerusi Persatuan Bahasa Mandarin itu, yang mahu menjadi seorang doktor kelak, berkata resipi kejayaannya ialah percaya pada usaha sendiri serta menghargai jasa dan pengorbanan kedua ibu bapanya serta guru-guru yang pernah mengajarnya. – BERNAMA

Tags: SPM
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

“Saya Cina, Tetapi Saya Berpandangan Tiada Keperluan UEC Diiktiraf”

“Saya Cina, Tetapi Saya Berpandangan Tiada Keperluan UEC Diiktiraf”

23/05/2026
0

KUALA LUMPUR - “Cukup-cukuplah. Saya Cina yang berpandangan bahawa tiada keperluan UEC (Sijil Peperiksaan Bersama) diiktiraf,” kata pemilik akaun media...

Hanya Satu Episod Kecil, Matlamat Akhir Mereka Mahu UEC Setaraf SPM STPM – Anuar

Hanya Satu Episod Kecil, Matlamat Akhir Mereka Mahu UEC Setaraf SPM STPM – Anuar

16/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Matlamat sebenar pihak yang mendesak pengiktirafan Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) adalah UEC dijadikan setaraf dengan Sijil Pelajaran...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd