• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, July 6, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Koronavirus: China Catat Kematian Ketiga, Wabak Merebak

oleh
20/01/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHANGHAI – Pihak berkuasa China melaporkan, wabak koronavirus kini merebak ke lebih banyak bandar di negara ini dengan 139 kes baharu dilaporkan pada hujung minggu, termasuk kematian ketiga.

Pihak suruhanjaya kesihatan Daxing di Beijing mengesahkan dua kes koronavirus, manakala suruhanjaya kesihatan di selatan wilayah Guangdong mengesahkan satu kes di Shenzhen.

Kes baharu terbabit merupakan yang pertama di China dilaporkan berlaku di luar Wuhan di mana wabak berkenaan tercetus, menjelang cuti Tahun Baharu Cina dengan berjuta-juta penduduk bakal mengembara di dalam dan ke luar negara.

Suruhanjaya Kesihatan Perbandaran Wuhan dalam satu kenyataan berkata, 136 kes baharu dikesan di bandar itu pada Sabtu dan Ahad lalu.

Setakat Ahad lalu, sejumlah 198 kes dilaporkan di Wuhan, termasuk tiga kematian. Kira-kira 170 orang masih dirawat di hospital, manakala 25 lagi sudah sembuh.

Bagaimanapun, kenyataan itu tidak mengulas lanjut mengenai kes kematian yang terbaru.

Beijing berkata, ia akan meningkatkan usaha mengekang penularan wabak itu, sementara pihak berkuasa kesihatan di negara lain turut mengambil langkah pencegahan.

Virus baharu terbabit adalah daripada keluarga koronavirus sama dalam Sindrom Pernafasan Akut Teruk (SARS) yang membunuh hampir 800 orang di serata dunia ketika wabak juga tercetus di China itu menular pada 2002 dan 2003.

Menurut beberapa pakar, virus baharu itu berkemungkinan tidak mencapai tahap ancaman maut seperti SARS tetapi banyak yang belum diketahui mengenainya, termasuk punca dan sejauh mana ia boleh dipindahkan daripada manusia kepada manusia. – Agensi

Tags: ChinakoronavirusSARSwabak
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Dakwaan Hina Penduduk China: PDRM Akhirnya Buka Siasatan Tatatertib Terhadap Anggota

Dakwaan Hina Penduduk China: PDRM Akhirnya Buka Siasatan Tatatertib Terhadap Anggota

23/06/2026
0

Oleh Mynewshub  KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan telah membuka kertas siasatan tatatertib terhadap seorang anggotanya yang dikaitkan...

Ekyn.Wong Muat Naik Kenyataan Permohonan Maaf Isu Tular Ketika Bercuti Di China

Ekyn.Wong Muat Naik Kenyataan Permohonan Maaf Isu Tular Ketika Bercuti Di China

20/06/2026
0

KUALA LUMPUR – Akaun Tiktok ekyn.wong hari ini memuat naik kenyataan permohonan maaf oleh individu bernama Nur Asyiqin Mohd Dalil...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd