• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, October 27, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

‘Datuk Abhy’ Umpan Beri Gaji Lumayan

oleh
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Seorang lelaki dikenali sebagai ‘Datuk Abhy’ diberkas polis di rumahnya di Kajang, Selangor semalam selepas disyaki terbabit dalam kejadian rogol dengan memperdaya mangsa menggunakan aplikasi Bigo Live.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Ahmad Dzaffir Mohd Yusoff berkata, lelaki berusia lewat 40-an itu ditahan pada jam 2 petang tadi susulan laporan polis oleh seorang pelajar perempuan yang mendakwa dirogol oleh suspek di sebuah rumah kedai di Bandar Baru Bangi, Selasa lalu.

“Mangsa yang berusia belasan tahun mengenali suspek melalui aplikasi Bigo Live dan menawarkan peluang pekerjaan dengan gaji lumayan kepada mangsa sebagai pembantu peribadi. Namun, suspek mengambil kesempatan merogol mangsa,” katanya kepada Bernama.

Beliau berkata, polis turut menerima satu lagi laporan kes rogol pada Isnin lalu serta menyiasat beberapa kes rogol lain dengan modus operandi sama, dipercayai mempunyai kaitan dengan suspek.

“Kes masih lagi dalam siasatan dan diklasifikasikan di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol dan permohonan reman akan dibuat mahkamah di Kajang pagi esok (hari ini),” katanya.

Katanya, orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kes itu atau mana-mana kejadian yang melibatkan modus operandi sama boleh berhubung terus dengan pegawai penyiasat iaitu Inspektor Noorlaila Kairudin di talian 019-2299906 atau menghubungi balai yang terdekat.

Tags: aplikasibigo livedatuk abhykes rogol
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Rakyat Persoal Mengapa Projek Aplikasi TuJu Tanpa Proses Tender Terbuka – Guan Eng

Rakyat Persoal Mengapa Projek Aplikasi TuJu Tanpa Proses Tender Terbuka – Guan Eng

26/10/2026
0

KUALA LUMPUR - Bekas Menteri Kewangan, Lim Guan Eng menggesa kerajaan melaksanakan tender terbuka bagi membangunkan aplikasi navigasi jalan raya...

PMX Anwar Tidak Tolak Kemungkinan Kerajaan Haramkan Sepenuhnya Waze, Mohon Maaf Kelemahan Aplikasi TuJu

PMX Anwar Tidak Tolak Kemungkinan Kerajaan Haramkan Sepenuhnya Waze, Mohon Maaf Kelemahan Aplikasi TuJu

23/10/2026
0

KUALA LUMPUR - Datuk Seri Anwar Ibrahim memohon maaf kepada orang ramai yang berdepan pelbagai masalah menggunakan aplikasi navigasi TuJu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd