• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, October 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Shahrol Shiro Aktif Berkempen Bantu BN

oleh
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KIMANIS – Pelawak terkenal, Shahrol Shiro nampaknya semakin menonjolkan diri dengan berkempen mewakili Barisan Nasional (BN).

Jika sebelum itu beliau dilihat memberi sokongan kepada bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Razak kini beliau ‘terang-terang’ turun berkempen.

Pada Pilihan Raya Kecil (PRK)  Parlimen Kimanis nampaknya sudah beberapa kali Shiro terlibat dalam program kempen BN.

Jika 10 Januari lalu, Shiro berkempen di Kampung Binsulok semalam beliau menjadi panel dalam program Diskusi Rakyat anjuran Penerangan UMNO Malaysia di PDM Dingdong.

“Dulu cakap kerajaan Barisan Nasional (BN) korupsi sekarang semua ‘atuk kasi’. Sana kroni… sini kroni,” ujarnya semasa berucap pada program yang sama.

Jelas Shahrol, disebabkan kerajaan yang ada sekarang ini terlalu lemah maka rakyat harus bijak memilih untuk ubah balik agar masa depan anak bangsa lebih terjamin.

“Kita ingat tahun 2020 ada kereta terbang, sekali duit kita yg terbang. Kerajaan yang ada sekarang ini lemah pentadbirannya, jadi kita kena bangkit untuk bantah kerajaan yang lemah.

“Jangan kita takut walaupun diugut kerana rezeki datangnya dari Allah, bukan dari kerajaan Pakatan Harapan (PH),” ujarnya dipetik dari artikel UMNO Online hari ini.

Dalam masa yang sama, beliau menegaskan dirinya tidak takut diugut jika tidak ditawarkan mana-mana show selepas ini kerana menyedari rezeki datang dari Allah. – MalaysiaGazette

Tags: Barisan NasionalPRK Kimanisshahrol shiro
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Shahrol Shiro Dilantik Pengajar Kursus Citra UKM, Fokus Latihan Stand-Up Comedy

Shahrol Shiro Dilantik Pengajar Kursus Citra UKM, Fokus Latihan Stand-Up Comedy

28/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) memaklumkan pelantikan pelawak dan penggiat seni, Shahrol Azizie Azmi atau lebih dikenali sebagai...

Video Zahid Mahu Teruskan Persefahaman BN-PN Di Melaka Kembali Tular

Video Zahid Mahu Teruskan Persefahaman BN-PN Di Melaka Kembali Tular

22/08/2026
0

KUALA LUMPUR – Rakaman video kenyataan Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi pada 1 Ogos lalu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd