• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, June 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Siasat Video Tular Pegawai JPJ Agresif

oleh
10/01/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

JABATAN Pengangkutan Jalan (JPJ) Sabah sedang menjalankan siasatan berhubung video tular melalui WhatsApp yang memaparkan penunggang motosikal dipukul pegawai jabatan itu dalam kejadian yang berlaku pagi hari ini.

Video berkenaan menunjukkan individu terbabit keluar dari kenderaan JPJ sebelum bertindak agresif terhadap penunggang motosikal itu.

Timbalan Pengarah JPJ Sabah, Datuk Abdul Rahman Zakaria berkata, pihaknya sedang menyiasat video terbabit.

“Kami akan memaklumkan mengenai hasil siasatan selepas ini,” katanya ketika dihubungi di Sandakan hari ini.

Hari ini, satu video berdurasi 45 saat tular melalui WhatsApp dengan memaparkan seorang penunggang motosikal berada di kawasan rumput di tepi jalan raya.

Video itu turut menunjukkan dua individu turun dari kenderaan JPJ yang melintang di tengah jalan raya berdekatan penunggang motosikal.

Dua individu itu kemudiannya menuju ke arah penunggang motosikal dan seorang daripada mereka dilihat memukul penunggang motosikal terbabit hingga menyebabkannya jatuh terduduk.

Difahamkan, kejadian terbabit dipercayai berlaku pada 10.30 pagi di Jalan Sandakan-Lahad Datu.

Menurut sumber, sepasukan lapan anggota JPJ melakukan sekatan jalan raya dan dua daripadanya melakukan tugasan rondaan menggunakan Toyota Fortuner jabatan itu untuk melakukan pemeriksaan dan mengawal lalu lintas terhadap kenderaan berhenti sebelum sekatan.

Katanya, mereka kemudiannya mengesan penunggang motosikal Modenas Dinamik yang berusia lingkungan 20-an dan cuba berhenti sebelum sekatan terbabit.

“Pegawai JPJ itu kemudiannya mengarahkan penunggang terbabit ke kawasan sekatan untuk pemeriksaan lanjut.

“Penunggang berkenaan kemudiannya berpatah balik dipercayai untuk melarikan diri dan cuba merempuh dua pegawai JPJ yang sedang mengawal lalu lintas.

“Bagaimanapun, tindakan penunggang berkenaan gagal apabila tayar motosikalnya bergesel dengan bahagian hadapan kenderaan jabatan itu dan terbabas ke dalam parit di tepi jalan.

“Tindakan penunggang berkenaan yang enggan berhenti dan bertindak agresif untuk melepaskan diri membuatkan dua pegawai JPJ berkenaan cuba sebaik mungkin untuk menghentikan dengan melompat ke arah motosikal seperti tular dalam video berkenaan,” katanya. – myMetro Online

Tags: jpj sabahkes pukulpegawai jpj
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Suspek Pukul Guru Sekolah Memandu Direman 4 Hari

Suspek Pukul Guru Sekolah Memandu Direman 4 Hari

13/08/2025
0

Batu Pahat: Lelaki yang memukul guru sekolah memandu hingga berlumuran darah serta merosakkan kenderaan di perkarangan Balai Polis Parit Sulong,...

Pegawai JPJ Maut Motosikal Rempuh Lori Terbalik Di Temerloh

Pegawai JPJ Maut Motosikal Rempuh Lori Terbalik Di Temerloh

22/05/2025
0

TEMERLOH, 22 Mei 2025 – Seorang pegawai Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menemui ajal dalam kemalangan tragis petang semalam apabila motosikal...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd