• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, November 7, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pegawai JPJ Maut Motosikal Rempuh Lori Terbalik Di Temerloh

oleh Mohd Arshad
dalam Terkini
0
Pegawai JPJ Maut Motosikal Rempuh Lori Terbalik Di Temerloh
Share on FacebookShare on Twitter

TEMERLOH, 22 Mei 2025 – Seorang pegawai Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menemui ajal dalam kemalangan tragis petang semalam apabila motosikal yang ditungganginya merempuh sebuah lori yang terbalik di Kilometer 37, Jalan Kuala Lumpur-Kuantan.

Mangsa, Siti Mariani, 36, merupakan pegawai dari Unit Pendakwaan JPJ Temerloh.
Beliau disahkan meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah selepas motosikalnya melanggar bahagian tengah lori yang terbalik dan menghalang laluan.

Ketua Polis Daerah Temerloh, Asisten Komisioner Mazlan Hassan berkata kejadian berlaku kira-kira jam 5.16 petang.

“Siasatan awal mendapati lori dipandu seorang lelaki berusia 33 tahun itu terbalik selepas cuba mengelak daripada melanggar besi penghadang jalan.

“Mangsa yang datang dari arah belakang tidak sempat mengelak lalu merempuh bahagian tengah lori tersebut,” katanya.

Pemandu lori dilaporkan cedera pada kedua-dua kaki dan kini menerima rawatan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 atas kesalahan menyebabkan kematian akibat pemanduan cuai.

Mynewshub-

Tags: mautpegawai jpjTemerloh
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Lokasi Kejadian Berjerebu, Berkabus Dengan Jarak Penglihatan Terhad – Naqib Ghazali

Lokasi Kejadian Berjerebu, Berkabus Dengan Jarak Penglihatan Terhad – Naqib Ghazali

08/10/2026
0

JOHOR BAHRU - Keadaan persekitaran pada pagi kejadian kemalangan yang meragut nyawa tiga beradik di Pontian, Johor, Khamis, dilaporkan berjerebu...

PMX Anwar Dukacita Tiga Anggota Polis Maut, Arah Siasatan Menyeluruh

PMX Anwar Dukacita Tiga Anggota Polis Maut, Arah Siasatan Menyeluruh

07/08/2026
0

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim melahirkan rasa dukacita terhadap tragedi tiga anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM)...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd