• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, July 11, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pakar Pentaksiran Antarabangsa Puas Hati Kualiti SPM 2014

oleh Ahmad Albab
03/03/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Pakar pentaksiran antarabangsa yang dijemput dalam Mesyuarat Penentuan Standard Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2014 berpuas hati dengan proses pembinaan instrumen dan pemeriksaan skrip jawapan peperiksaan, kata Ketua Pengarah Pelajaran Datuk Seri Dr Khair Mohamad Yusof.

Beliau berkata mereka juga berpuas hati dengan mesyuarat penentuan standard yang telah dilaksanakan dengan penuh kredibiliti dan profesionalisme.

“Mereka juga berpendapat kesemua proses tersebut menepati ciri-ciri piawaian pentaksiran pendidikan dan telah diurus secara sistematik bagi memastikan kesahan dan kebolehpercayaan keputusan peperiksaan yang tinggi,” katanya pada sidang media pengumuman analisis keputusan SPM 2014, di sini, hari ini.

Menurutnya, mereka yang dijemput bagi tujuan penanda aras dan jaminan kualiti itu terdiri daripada pakar daripada Cambridge International Examinations (CIE) dan Pearson Qualification Services, United Kingdom serta Educational Testing Services (ETS), Amerika Syarikat.

Selain itu, Khair berkata sebanyak 213,168 atau 50 peratus calon SPM 2014 berjaya memperoleh sijil GCE O-Level bagi mata pelajaran Bahasa Inggeris (1119) yang dibuat dengan kerjasama Lembaga Peperiksaan dan CIE.

Menurutnya, sebanyak 43,062 atau 52 peratus daripada 82,780 calon yang menduduki mata pelajaran Prinsip Perakaunan pula layak memperoleh sijil “LCCI Level 2 Book Keeping and Account” yang dibuat dengan kerjasama Pearson Education Ltd.

Khair juga mengucapkan tahniah dan syabas kepada calon yang berjaya menunjukkan kecemerlangan dalam peperiksaan SPM 2014.

“Saya juga mendoakan agar mereka dapat meneruskan budaya kecemelangan ini dalam apa juga bidang yang akan diceburi agar dapat menyumbang kepada kesejahteraan diri, keluarga, masyarakat dan seterusnya kepada pembangunan negara.

Kepada calon yang kurang berjaya pula, diharap tidak kecewa dan anggaplah kegagalan itu sebagai satu cabaran dan peluang untuk mencipta kejayaan yang lain pada masa akan datang,” katanya. – BERNAMA

Tags: SPM
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

“Bukan Semua Kaum Cina Sokong Pengiktirafan UEC” – Sing Phing

“Bukan Semua Kaum Cina Sokong Pengiktirafan UEC” – Sing Phing

30/05/2026
0

KUALA LUMPUR - "Bukan semua kaum Cina sokong pengiktirafan Sijil Peperiksaan Bersama (UEC). Ada yang menghantar anak ke Sekolah Menengah...

“Kalau Dah 80 peratus pelajar UEC ambil SPM, Tak Payahlah iktiraf UEC”

“Kalau Dah 80 peratus pelajar UEC ambil SPM, Tak Payahlah iktiraf UEC”

25/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Tiada keperluan mengiktiraf Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) untuk kemasukan ke institusi pendidikan tinggi awam (IPTA) kerana 80...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd