• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, July 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

87 Warga China Terlibat Jenayah Dalam Talian Diberkas

oleh
01/01/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

JABATAN Imigresen Malaysia (JIM) menahan 87 warga China termasuk lapan wanita dalam serbuan di bangunan komersial dan kediaman di Puchong, di Serdang, hari ini, kerana dipercayai terbabit dalam sindiket penipuan pelaburan atas talian.

Ketua Pengarah JIM, Datuk Khairul Dzaimee Daud berkata, operasi bermula jam 11.30 pagi itu disertai 160 pegawai dan anggota imigresen termasuk agensi lain seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM), Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) serta Angkatan Pertahanan Awam (APM).

“Pemeriksaan terhadap premis yang diserbu menemui beberapa komputer dan komputer riba yang disyaki digunakan untuk menjalankan kegiatan penipuan pelaburan atas talian.

“Ini berdasarkan pada paparan skrin komputer berkenaan yang memaparkan pelbagai skim pelaburan sama ada ‘forex’ dan ‘crypto currency’ selain perjudian atas talian,” katanya ketika ditemui di lokasi serbuan, di Serdang, hari ini.

Menurutnya, pemeriksaan lanjut juga mendapati semua yang ditahan tidak memiliki dokumen perjalanan sah.

“Premis yang diserbu dipercayai turut dijadikan sebagai pusat latihan untuk melatih mereka mengenai cara mendekati pelanggan melalui aplikasi atas talian.

“Kita dapati, modus operandi dijalankan sindiket ini juga berubah daripada menyewa bangunan komersial besar kepada menyewa kediaman seperti kondominium,” katanya turut memberitahu, unit kediamanyang dijadikan pusat operasi itu dilengkapi kemudahan internet.

Katanya, berdasarkan maklumat sumber, sindiket itu dilaporkan membeli kira-kira 800 kad sim yang dianggarkan bernilai RM24,000 di premis sekitar bangunan berkenaan untuk kegiatan penipuan.

“Mereka yang ditahan dibawa ke Depot Imigresen Bukit Jalil untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 6 Akta Imigresen 1959,” katanya. – myMetro Online

Tags: Imigresenjenayah dalam talianpelaburanperjudianWarga China
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

PRN Johor: Undi BN Dapat Onn Hafiz!

PRN Johor: Undi BN Dapat Onn Hafiz!

28/06/2026
0

JOHOR BAHRU – Dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor kali ini hakikat yang sukar dinafikan setiap undi diberi kepada Barisan...

JIM, DBKL Serbu Pasar Pudu, 186 PATI Ditahan Dalam Ops Kutip

JIM, DBKL Serbu Pasar Pudu, 186 PATI Ditahan Dalam Ops Kutip

21/06/2026
0

OLEH MYNEWSHUB KUALA LUMPUR – Seramai 186 pendatang asing tanpa izin (PATI) ditahan dalam operasi bersepadu berskala besar yang dijalankan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd