• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, October 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Waktu Solat Subuh Di Johor Ditambah 8 Minit Bermula Januari

oleh
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU – Bermula 1 Januari 2020, waktu Subuh di seluruh negeri ini ditambah selama lapan minit.

Mufti Negeri Johor, Datuk Yahya Ahmad berkata, ia dibuat berdasarkan ketetapan perubahan darjah kedudukan matahari di bawah ufuk dalam menentukan waktu terbit Fajar Siddiq.

“Menjunjung titah Duli Yang Maha Mulia Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar, Sultan Yang Dipertuan bagi negeri dan jajahan takluk Johor Darul Ta’zim berkenan agar perubahan waktu solat Subuh bagi seluruh negeri ini ditambah lapan minit dari waktu solat Subuh semasa berkuatkuasa 1 Januari 2020 bersamaan 5 Jamadilawal 1441 Hijriah.

“Perubahan ini adalah berdasarkan ketetapan perubahan darjah kedudukan matahari di bawah ufuk dalam menentukan waktu terbit Fajar Siddiq daripada 20 darjah digunapakai sebelum ini kepada 18 darjah.

“Justeru dengan perubahan ketetapan ini menyebabkan waktu solat Subuh bagi seluruh negeri ini perlu ditambah lapan minit daripada waktu Subuh semasa,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tags: Johorsolat subuh
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Empangan Machap Susut, Johor Laksana Pembenihan Awan Pastikan Bekalan Air Mencukupi

Empangan Machap Susut, Johor Laksana Pembenihan Awan Pastikan Bekalan Air Mencukupi

21/09/2026
0

JOHOR BAHRU - Bekalan air di Johor masih berada dalam keadaan terkawal meskipun paras Empangan Machap menunjukkan penyusutan susulan cuaca...

Johor Super Crown Polo Buka Potensi Pelaburan Ratusan Bilion Untuk Johor

Johor Super Crown Polo Buka Potensi Pelaburan Ratusan Bilion Untuk Johor

11/09/2026
0

JOHOR BAHRU - Penganjuran Johor Super Crown Polo membuka potensi pelaburan bernilai ratusan bilion untuk Johor, menurut Pemangku Sultan Johor,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd