• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, September 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Aksi ‘Terlampau’ Ustaz Ketika Khutbah Dikritik

oleh Ahmad Albab
dalam Hangat
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA KENDARI, Sulawesi Tenggara – Tindakan seorang ustaz berkhutbah secara melampau sehingga memanjat mimbar mengundang kritikan ramai, termasuk di media sosial.

Ustaz Muhammad Nur Maulana
Ustaz Muhammad Nur Maulana

Aksi Nur Maulana yang terkenal dengan gimik “jemaah, oh jemaah” itu dianggap keterlaluan dan tidak sesuai dengan situasi semasa.

Melalui gambar yang disebar di media sosial, Nur Maulana dilihat sedang berceramah di Masjid Agung Khairah Ummah di Kolaka.

Berdasarkan keterangan pada gambar, kejadian berlaku pada 26 Februari lalu.

Seorang pengguna Facebook yang memuat naik gambar Nur Maulana berkata, ketika itu ustaz terbabit menyeru pendengar supaya beristighfar.

Namun pengguna lain dikenali dengan nama Yayuk Hannan memberi komen di bawah gambar itu, “Ya Tuhan, ini terlalu berlebihan dan seolah-olah ahli sarkas.”

Siti Fatimah pula menulis, “Tiada lain kehidupan di dunia ini melainkan kesenangan yang menipu. Semoga Tuhan memberikan petunjuk dan taufik hidayah kepada ustaz, serta menghilangkan segala keburukannya. Semoga ustaz kembali ke jalan lurus dan diredai.”

Nur Maulana, 40, adalah pendakwah kelahiran Makassar yang disenangi ramai kerana sering menggunakan bahasa biasa ketika berceramah.

Dia mendapat pendudukan di Pondok Pesantren an-Nahdah di Makassar pada 1994.

Selain berceramah, dia juga mengajar di sebuah sekolah rendah Islam di situ.

Sementara itu, seorang ustaz pula menegur Nur Maulana secara sindiran.

Abduh Zulfidar Akaha berkata, aksi itu sangat bahaya dan berharap tiada mana-mana pihak menirunya.

“Itu aksi khusus untuk pelaku lagak ngeri profesional,” katanya. – Agensi

https://www.youtube.com/watch?v=FfHEZK1YPdw

Tags: Indonesiaustaz
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Sampai Bila Jerebu Mahu Berulang?

Sampai Bila Jerebu Mahu Berulang?

07/09/2026
0

JEREBU datang lagi langit bertukar kelabu, kualiti udara merosot, aktiviti luar dihentikan dan rakyat dinasihati memakai pelitup muka. Kali ini...

Malaysia Cadang Diplomasi Sains, Dana Jerebu Perkukuh Usaha ASEAN Tangani Jerebu

Malaysia Cadang Diplomasi Sains, Dana Jerebu Perkukuh Usaha ASEAN Tangani Jerebu

10/07/2026
0

KUALA LUMPUR – Malaysia mencadangkan pelaksanaan Diplomasi Sains dan Dana Jerebu Mampan bagi memperkukuh pelaksanaan Perjanjian ASEAN Mengenai Pencemaran Jerebu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd