• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Krisis Bekalan Bawang Merah Pulih Februari Depan

oleh
27/12/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

BUKIT MERTAJAM – Krisis bekalan bawang yang melanda negara ketika ini hingga harganya naik sehingga tiga kali ganda, dijangka pulih Februari tahun hadapan.

Pengerusi Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA), Ishak Ismail, berkata ia disebabkan kekurangan jumlah import bawang merah terutama dari India susulan sekatan negara terbabit akibat banjir besar.

Bagaimanapun, katanya, ia hanya bersifat sementara.

Katanya, Malaysia bukan negara tunggal yang terkesan dengan situasi itu, sebaliknya turut dialami negara pengimport lain.

“Kira-kira 60 peratus daripada bekalan bawang di negara ini diimport dengan India menjadi pengimport terbesar iaitu 70 peratus.

“Malaysia turut mengimport bawang merah dari China, Pakistan dan Mesir, namun kualitinya kurang baik berbanding bawang India.

“Rakyat negara ini sudah biasa menggunakan bawang dari India, menyebabkan permintaan kurang dari negara lain agak kurang.

“Bagaimanapun, kekurangan bekalan dan kenaikan harga bawang hanya bersifat sementara dan kita jangka pulih Februari depan,” katanya kepada pemberita selepas mengadakan tinjauan mesra di Bazar Peduli Rakyat di Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Kampung Pelet dan penyerahan ‘Jom Kongsi Rezeki’, di sini, hari ini.

Majlis perasmian disempurnakan Pengerusi Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Permatang Pasir, Muhammad Faiz Fadzil.

Hadir sama, Pengerusi Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP), Datuk Mazlan Aliman.

Ishak berkata, jumlah import bawang besar dari India menyusut sejak tiga bulan lalu kepada 1,399 tan bulan ini, berbanding 3,131 tan pada November dan 4,742 tan pada Oktober, menjadikan jumlah keseluruhan sepanjang tempoh itu hanya 9,272 tan.

“Dalam tempoh sama, jumlah import bawang China adalah 41,280 tan, 28,018 tan dari Pakistan manakala Mesir sejumlah 2,644 tan,” katanya.

Beliau berkata, FAMA akan mengambil beberapa langkah segera sebagai strategi jangka panjang bagi mengelak masalah sama berulang.

Katanya, antaranya ialah memperluaskan import bekalan dari negara lain dan bukan hanya bergantung kepada India.

“Kita difahamkan Pakistan mempunyai banyak stok bawang dan tahun hadapan kita akan pelbagaikan sumber import bawang,” katanya.

Buat sementara waktu, FAMA mencadangkan pengguna membeli bawang di cawangan FAMA, pasar tani anjuran FAMA, Bazar Peduli Rakyat dan MyBest berikutan harga ditawarkan lima hingga 20 peratus lebih murah berbanding di tempat lain.

Sebelum ini, pengguna di beberapa negeri merungut apabila harga bawang merah India yang biasanya dijual pada RM4 sekilogram kini mencecah RM16 sekilogram. – BH Online

Tags: bawang merahFAMAharga bawang merah
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

FAMA Import 650 Tan Kelapa Tampung Bekalan Ramadan, Aidilfitri

FAMA Import 650 Tan Kelapa Tampung Bekalan Ramadan, Aidilfitri

01/03/2025
0

PADANG BESAR: Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) mengimport 650 tan kelapa tua bagi menampung keperluan permintaan menjelang Ramadan dan Aidilfitri...

Fama Tingkatkan Jualan Beras 2 Kali Ganda Minggu Depan

Fama Tingkatkan Jualan Beras 2 Kali Ganda Minggu Depan

21/09/2023
0

Kuala Lumpur : Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (Fama) akan meningkatkan jumlah jualan beras putih tempatan sebanyak dua kali ganda kepada...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd