• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, March 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

40 NGO Lapor Polis Terhadap Dong Jiao Zong

oleh
25/12/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KAJANG – Seramai 40 pertubuhan bukan kerajaan membuat laporan polis terhadap Pertubuhan Gabungan Jawatankuasa Sekolah Cina dan Gabungan Persatuan Guru Sekolah Cina Malaysia (Jiao Zong) di Ibu Pejabat Polis Daerah Kajang hari ini.

Presiden Pertubuhan Kebajikan Darul Islah Malaysia (Perkid), Masridzi Sat berkata, kesemua NGO terbabit turut menggesa polis menyiasat secara terperinci segala aktiviti Jiao Zong yang boleh mengakibatkan perpecahan kaum di negara ini.

“Tindakan Dong Jiao Zong membantah tulisan jawi walaupun hanya empat ungkapan sahaja iaitu bersatu bertambah mutu, Bank Negara Malaysia, Ringgit Malaysia dan Malaysia,” katanya pada sidang media di sini hari ini.

Masridzi turut menuntut tiga perkara antaranya siasatan ke atas pemimpin Jiao Zong di bawah Akta Hasutan.

“Kita juga mendesak pengharaman Jiao Zong dan pembatalan Kongres Pertubuhan Cina pada Sabtu ini kerana ia memudaratkan dan bertentangan dengan kepentingan keselamatan Persekutuan dan ketenteraman awam,” katanya.

Sebelum ini, Jiao Zong menggesa pertubuhan Cina lain mendaftar untuk menghadiri kongres membantah tulisan jawi bagi menyuarakan bantahan terhadap pengenalan pelajaran jawi di sekolah vernakular.

Kongres itu dijadual berlangsung di sebuah kolej di sini pada Sabtu ini dengan matlamat kononnya untuk menjaga kedaulatan pihak lembaga sekolah vernakular.

Pada Ogos lalu, sembilan pertubuhan berkaitan pendidikan Cina membantah pelaksanaan tulisan jawi untuk pelajar tahun empat sekolah rendah jenis kebangsaan (SRJK) di negara ini.

Susulan itu, Kabinet memutuskan pengajaran tulisan jawi itu tertakluk kepada persetujuan Persatuan Ibu bapa dan Guru (PIBG) di sekolah vernakular. – Sinar Harian

Tags: Dong Jiao Zonglaporan polisNGOsekolah cina
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Pengecualian Cecair Vape Daripada Senarai Racun: Semakan Kehakiman 3 NGO Diputuskan 15 Mei Ini

Pengecualian Cecair Vape Daripada Senarai Racun: Semakan Kehakiman 3 NGO Diputuskan 15 Mei Ini

28/01/2026
0

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini, hari ini menetapkan 15 Mei ini untuk memutuskan permohonan semakan kehakiman tiga badan bukan...

Inspektor Sheila Buat Tiga Laporan Polis

Inspektor Sheila Buat Tiga Laporan Polis

14/11/2025
0

KUALA LUMPUR: Pegawai polis dikenali 'Inspektor Sheila' membuat tiga laporan polis susulan insiden membabitkan dirinya termasuk kes terbaharu di sebuah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd