• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Cadangan ERC Mansuh PRK Tidak Masuk Akal

oleh
24/12/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Cadangan Jawatankuasa Khas Pembaikan Sistem dan Undang-Undang Pilihanraya (ERC) untuk memansuhkan pilihan raya kecil (PRK) adalah satu tindakan yang menghina sistem demokrasi dan menafikan hak pengundi.

Naib Presiden MCA, Datuk Seri Ti Lian Ker berkata, PRK boleh dianggap sebagai ujian pertengahan tahun dan memberi peluang untuk rakyat memberi maklum balas dan semak imbang ke atas tindakan dan dasar semasa kerajaan.

Ia juga merupakan peluang kepada kerajaan dan pembangkang turun padang untuk menyukat sokongan rakyat dan membolehkan kerajaan menerima maklum balas daripada rakyat mengenai polisi-polisi yang dilaksanakannya selain memberi peluang kepada pengundi untuk menilai prestasi kerajaan dan menyuarakan pendapat mereka.

Menurutnya, ini boleh dilihat dalam PRK Tanjung Piai baru-baru ini, yang mana calon parti kerajaan kalah dengan 15,000 undi kerana tidak puas hati terhadap pentadbiran kerajaan Pakatan Harapan (PH).

Oleh itu, katanya, pemansuhan sistem PRK yang mana kekosongan kerusi diisi secara automatik oleh parti politik penyandang seakan-akan satu tindakan ke arah authoritarian dan dictatorship.

Cadangan ini merupakan satu langkah ke belakang untuk proses demokrasi, katanya.

“Adakah cadangan “knee jerk” ini yang tidak masuk akal ini dibuat susulan kekalahan teruk Pakatan Harapan dalam PRK Tanjung Piai yang lalu?

“Adakah ini satu tidakbalas atau cara Kerajaan Pakatan menghukum rakyat kerana berani memalukan mereka? Adakah cadangan reformasi ini adalah agenda terbuka PH untuk menafikan hak para pengundi dan mengekalkan kedudukan mereka sendiri sebagai kerajaan tanpa segan silu dan malu pada dunia yang mendokong demokrasi?

“DAP sebagai Parti Tindakan Demokratik harus tukar nama kepada Parti Tolak Demokrasi yang menghala kepada memusatkan kuasa ala komunis!” katanya.

Tambahan lagi, dilaporkan bahawa ERC hanya mencadangkan pemansuhan PRK bagi peringkat kerusi Parlimen, manakala PRK boleh diadakan jika terdapat kekosongan kerusi Dewan Undangan Negeri.

Hasrat semua rakyat, tidak kira latar belakang politik, kaum dan agama, memilih perubahan kerajaan dengan niat untuk melihat negara kita bertambah baik dan memperkasakan sistem demokrasi negara.

Katanya, namun, “reformasi” sistem pilihan raya di bawah kerajaan Pakatan Harapan dilihat semakin membelakangkan segala harapan rakyat.

“Janji melaksanakan semula pilihan raya kerajaan tempatan masih belum ditunaikan, tetapi sekarang pula mereka mahu memansuhkan pilihan raya kecil. Apa lagi yang boleh diharapkan oleh rakyat dalam “reformasi” Pakatan Harapan?” katanya. – MalaysiaGazette

Tags: ERCMCAPilihan Raya KecilTi Lian Ker
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

BN Negeri Sembilan Bertanding Semua 36 Kerusi DUN – Jalaluddin

BN Negeri Sembilan Bertanding Semua 36 Kerusi DUN – Jalaluddin

06/06/2026
0

JELEBU - Barisan Nasional (BN) akan bertanding di kesemua 36 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN)...

Pemuda BN Seru Bangsa Johor Terus Beri Mandat Kukuh Kepada BN

Pemuda BN Seru Bangsa Johor Terus Beri Mandat Kukuh Kepada BN

04/06/2026
0

JOHOR BAHRU – Pemuda Barisan Nasional (BN) Johor menyeru Bangsa Johor tanpa mengira kaum, agama dan latar belakang untuk terus...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd