• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, November 13, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Keluarga Nora Anne Mahu Inkues Kehilangan, Kematian

oleh
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PETALING JAYA – Ibu bapa remaja Ireland, Nora Anne Quoirin yang ditemui maut selepas 10 hari dilaporkan hilang, meminta inkues terhadap kejadian itu, dengan mendakwa terdapat elemen jenayah dalam kes tersebut.

Nora Anne, yang dilaporkan hilang pada 4 Ogos, ditemui di kawasan lurah berhampiran anak sungai, 2.5 km dari resort penginapannya bersama keluarga di Pantai, Seremban, Negeri Sembilan.

Bedah siasat mendapati gadis itu mati akibat pendarahan gastrointestinal, mungkin disebabkan oleh kelaparan dan tekanan. Pihak berkuasa mengatakan kes itu tiada unsur jenayah.

Bapa Nora Anne, Sebastien Quoirin bagaimanapun memberitahu akhbar tempatan, Irish Independent bahawa keputusan bedah siasat itu tidak menerangkan bagaimana anak perempuannya, yang mempunyai masalah pembelajaran, ditemui dalam keadaan telanjang.

Ibunya, Meabh Quoirin, juga mengatakan bahawa Nora Anne “sangat pemalu” dan “tidak akan melepasi pintu rumah mereka sendiri, apatah lagi bersiar-siar di hutan”.

“Kami bertegas untuk inkues ini diadakan,” Sebastien dipetik sebagai berkata.

“Kami berharap Perancis, kerajaan Ireland dan British akan menyokong kami. Saya fikir ia adalah kewajipan hak asasi manusia dan demokratik untuk mencari kebenaran dan keadilan tentang apa yang berlaku. ”

“Bagi kami, sesuatu yang sangat kompleks berlaku,” tambah Meabh.

“Kami menegaskan dari awal bahawa kami percaya terdapat unsur jenayah terhadap apa yang berlaku. Kami sedang berusaha kerana sukar untuk mendapatkan sumber yang cukup untuk menyiasat dari sudut jenayah.”

Peguam keluarga itu di Malaysia, SN Nair, sebelum ini mengatakan bahawa satu salinan laporan bedah siasat akan dihantar ke Pejabat Peguam Negara untuk diputuskan sama ada terdapat keperluan untuk inkues. – FMT

Tags: kehilangankematianNora Anne Quoirinwarga ireland
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Kerajaan Johor Pandang Serius Kematian Pelajar Di Yong Peng, Sekolah Mesti Kekal Tempat Selamat

Kerajaan Johor Pandang Serius Kematian Pelajar Di Yong Peng, Sekolah Mesti Kekal Tempat Selamat

04/10/2026
0

JOHOR BAHRU - Kerajaan Johor memandang serius insiden kematian seorang pelajar perempuan Tingkatan Empat berusia 16 tahun di sebuah sekolah...

PMX Anwar Arah Siasatan Segera, Telus Kematian Pelajar 16 Tahun Di Yong Peng

PMX Anwar Arah Siasatan Segera, Telus Kematian Pelajar 16 Tahun Di Yong Peng

04/10/2026
0

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengarahkan pihak berkuasa menjalankan siasatan segera, menyeluruh dan telus susulan kematian...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd