• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, June 19, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

6 Pertubuhan Tidak Berdaftar Terbabit Perhimpunan PKM – KDN

oleh
13/12/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

MUAR – Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengesahkan enam daripada sembilan pertubuhan disyaki terbabit dalam perhimpunan Majlis Peringatan Perjanjian Damai Hatyai di Kajang, Selangor, 1 Disember lalu, adalah pertubuhan tidak berdaftar.

Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata pertubuhan terbabit dikenal pasti tidak berdaftar oleh Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS).

“Itu laporan yang saya terima (daripada ROS), bermakna mereka tidak berdaftar dan adalah pertubuhan haram. Hanya tiga yang berdaftar.

“Namun, itu soal berdaftar atau tidak berdaftar, yang paling penting kita hendak ambil kira ialah kenapa mereka terbabit dalam aktiviti dikatakan ada kaitan dengan Chin Peng atau komunis (majlis berkenaan).

“Adakah ia usaha hendak menunjukkan minat untuk membawa semula ideologi lama (komunis)… pihak polis dan perisikan kita sedang mengkaji serta meneliti dengan lebih mendalam lagi,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Bahagian Pagoh, di sini, hari ini.

Terdahulu, media melaporkan ROS mengeluarkan notis terhadap tiga pertubuhan disyaki menghadiri majlis dikaitkan dengan Parti Komunis Malaya (PKM) itu, untuk hadir memberi keterangan.

ROS dalam satu kenyataan, hari ini, memaklumkan pihaknya menerima maklumat daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM) berhubung sembilan pertubuhan disyaki menghadiri perhimpunan itu dan mendapati tiga daripadanya adalah pertubuhan berdaftar.

Mengulas lanjut, Muhyiddin yang juga Presiden BERSATU dan Ahli Parlimen Pagoh berkata, tindakan tegas perlu diambil kerana PKM sudah lama diharamkan.

“Ideologi komunis tidak harus diwujudkan semula di Malaysia kerana kita ada sistem demokrasi berparlimen yang mana sejak 60 tahun lalu, berjalan dengan baik dan negara dalam keadaan aman.

“Kalau ada langkah agak terpesong sedikit daripada sasaran yang ada, kita tidak boleh memandang ringan. Kalau ada kegiatan seumpama ini, kita akan pantau,” katanya.

Ditanya sama ada nama pertubuhan terbabit perlu diumumkan bagi mengelak masyarakat menyertainya, beliau bersetuju dengan saranan itu.

“Patutnya begitu (senarai pertubuhan terbabit diumumkan). Mungkin yang berkenaan tidak sedar mereka terbabit kegiatan sebegitu.

“Kalau mereka datang daripada pertubuhan tidak berdaftar, mereka tidak boleh menjalankan apa-apa kegiatan pun. Itu melanggar undang-undang negara dan boleh dikenakan tindakan,” katanya. – BH Online

Tags: KDNparti komunis malayaPerjanjian Damai HatyaiROS
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Kerajaan Tiada Data Lengkap Pelarian, Isu Ditangani Secara Berhemah – KDN

Kerajaan Tiada Data Lengkap Pelarian, Isu Ditangani Secara Berhemah – KDN

11/06/2026
0

KUALA LUMPUR - Kerajaan Madani berpendirian isu pelarian perlu diuruskan secara berhemah, berasaskan fakta serta mengambil kira pertimbangan keselamatan dan...

Wanita DAP Bantah Pengharaman Buku Tentang Tokoh Parti Komunis Malaya

Wanita DAP Bantah Pengharaman Buku Tentang Tokoh Parti Komunis Malaya

18/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Wanita DAP Selangor mempersoalkan pengharaman dua buah buku berkisar tentang perjuangan tokoh Parti Komunis Malaya (PKM) yang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd