• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, October 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

RoS Batalkan Pendaftaran PN, Takiyuddin Seru Penyokong Bertenang

oleh Mynewshub
dalam Utama & Sensasi
0
RoS Batalkan Pendaftaran PN, Takiyuddin Seru Penyokong Bertenang
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Perikatan Nasional (PN) mendakwa keputusan pihak berwajib membatalkan pendaftaran gabungan politik itu menimbulkan persoalan serius mengenai unsur ‘mala fide’ atau niat tidak baik serta tujuan politiknya.

Menurut beliau, notis Pendaftar dikeluarkan pada 22 September lalu ketika pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka diumumkan, disusuli penggantungan keesokan hari dan pembatalan hanya 11 hari sebelum penamaan calon.

Justeru, Takiyuddin menegaskan PN akan mencabar kesahihan perintah pembatalan itu di mahkamah dan memohon supaya pelaksanaan serta segala kesannya ditangguhkan sementara menunggu keputusan kehakiman.

“Pendaftar Pertubuhan telah membatalkan pendaftaran PN, hanya dua hari sebelum Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur dijadualkan mendengar permohonan PN untuk menangguhkan tindakan Pendaftar mengeluarkan notis ketidakpatuhan dan menggantung semua aktiviti PN.

“Keputusan untuk bertindak sebelum pendengaran tersebut menimbulkan persoalan serius tentang tujuan penggunaan kuasa ini dan penghormatan kerajaan terhadap proses kehakiman,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

PN juga menggesa Peguam Negara menjelaskan tindakan berkenaan ketika pendengaran permohonan penangguhan pada 22 Oktober ini, selain menyatakan akan mengambil tindakan terhadap pihak yang didakwa menghina proses mahkamah.

Beliau malah menyifatkan pembatalan pendafraran PN itu sebagai usaha mendahului pertimbangan mahkamah dan melemahkan lawan politik menjelang pilihan raya Melaka

Takiyuddin bagaimanapun menyeru seluruh ahli dan penyokong PN supaya bertenang, mematuhi undang-undang dan menghormati proses mahkamah. – MYNEWSHUB

Tags: BatalkanBertenangpendaftaranpenyokongPNROSSeruTakiyuddin
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

PN Bukan Tempat Berteduh Kumpulan Rakus Kuasa, Cuba ‘Hijack’ Jenama Gabungan – Azmin

PN Bukan Tempat Berteduh Kumpulan Rakus Kuasa, Cuba ‘Hijack’ Jenama Gabungan – Azmin

20/10/2026
0

KUALA LUMPUR - Setiausaha Agung Bersatu, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali menegaskan Perikatan Nasional (PN) tidak boleh dijadikan tempat berteduh...

PAS Hancurkan Masa Depan PN, Bersatu Terbukti Di Pihak Benar – Azmin

PAS Hancurkan Masa Depan PN, Bersatu Terbukti Di Pihak Benar – Azmin

20/10/2026
0

KUALA LUMPUR - Setiausaha Agung Bersatu, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali mendakwa tindakan kepimpinan PAS melanggar undang-undang bakal menghancurkan masa...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd