• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, November 1, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Yusoff Rawther, Adik Dan Bapa Ke Bukit Aman Hari Ini

oleh
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Bekas penyelidik di pejabat PKR, Muhammed Yusoff Rawther dipanggil kali kedua ke Bukit Aman hari ini bagi membolehkan polis melengkapkan siasatan.

Sumber berkata, Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) yang mengendalikan siasatan kes salah laku dipercayai membabitkan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, turut memanggil ahli keluarga Muhammed Yusoff.

“Setakat ini, selain Yusoff, polis turut memanggil adik dan bapanya bagi mendapatkan maklumat untuk membantu siasatan.

“Ini kerana selepas kejadian salah laku itu dilakukan, Muhammed Yusoff terus menceritakan mengenai kes itu kepada adik dan bapanya,” katanya ketika dihubungi sebentar tadi.

Difahamkan, bapa dan adik Yusoff datang dari Pulau Pinang ke Bukit Aman untuk membantu siasatan polis.

Sementara itu, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pendakwaan/Undang-Undang (D5) Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Senior Asisten Komisioner Mior Faridalathrash Wahid, mengesahkan pihaknya memanggil Muhammed Yusoff untuk kali kedua bagi melengkapkan siasatan.

Bagaimanapun, beliau enggan mengulas lanjut butiran mengenai kehadiran bapa dan adik Yusoff sehingga siasatan selesai dijalankan.

Muhamed Yusoff dijangka hadir petang ini.

Semalam, dalam kehadiran pertamanya ke Bukit Aman, Muhammed Yusoff memberikan keterangan hampir tujuh jam kepada USJT. – BH Online

Tags: Anwar IbrahimBukit AmanMuhammed Yusoff RawtherPKRsalah laku seksual
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Kesatuan Pekerja Bank Dakwa Telah Hantar 43 Surat Kepada PMX, Tetapi…

Kesatuan Pekerja Bank Dakwa Telah Hantar 43 Surat Kepada PMX, Tetapi…

28/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Kesatuan Kebangsaan Pekerja-Pekerja Bank (NUBE) mendakwa sebanyak 43 surat telah dihantar kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar...

Bekas Exco Kerajaan Negeri Sembilan Beri Keterangan Kepada Polis Bukit Aman

Bekas Exco Kerajaan Negeri Sembilan Beri Keterangan Kepada Polis Bukit Aman

28/09/2026
0

SEREMBAN - Semua 10 bekas Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO) Negeri Sembilan memberi keterangan kepada pasukan polis Bukit Aman...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd