• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mahkamah Tangguh Bicara Saman Azeez Terhadap Guan Eng

oleh
09/12/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

GEORGETOWN – Perbicaraan kes saman Ahli Parlimen Baling, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim, terhadap bekas Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng berhubung projek terowong dasar laut Pulau Pinang, ditangguhkan Februari tahun depan.

Kes sepatutnya bersambung di Mahkamah Tinggi di sini hari ini, dengan Guan Eng memberi keterangan.

Bagaimanapun, ia ditangguh berikutan Guan Eng yang juga Menteri Kewangan, mempunyai tugasan lain perlu dihadiri.

Perkara itu dimaklumkan peguam Felix Lim mewakili Guan Eng selaku defendan.

Katanya, Hakim Datuk Rosilah Yop, menetapkan 21 Februari tahun depan sebagai tarikh sambung bicara pada prosiding dalam kamar.

Mac tahun lalu, Abdul Azeez yang juga bekas Pengerusi Tabung Haji (TH), memfailkan saman dengan mendakwa Guan Eng mengeluarkan dua kenyataan fitnah, masing-masing pada sidang media di pejabat Ketua Menteri di Komtar pada 28 Februari 2018 dan pada majlis sambutan Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang pada tarikh sama.

Antara lain, kenyataan itu dikatakan mengaitkan Abdul Azeez dengan bayaran perundingan RM3 juta oleh pemaju projek terowong dasar laut Pulau Pinang.

Abdul Azeez selaku plaintif mendakwa kenyataan itu mendapat liputan meluas dan diterbitkan dalam beberapa laman sesawang, laman berita elektronik dan akhbar tempatan selain turut disiarkan di beberapa halaman akhbar dan media sosial defendan.

Plaintif mendakwa saman itu dibuat kerana kenyataan terbabit menyebabkan Abdul Azeez mengalami kerosakan yang amat dahsyat terhadap reputasi dan nama baiknya di samping terpaksa mengalami keaiban, kebencian yang amat sangat serta penghinaan daripada orang awam.

Sehubungan itu Abdul Azeez memohon ganti rugi am termasuk ganti rugi pampasan, teladan, ganti rugi tambahan, kos tindakan dan relif lain yang difikirkan sesuai oleh mahkamah selain turut memohon satu perintah untuk penerbitan balik kenyataan menyinggung berhubung isu terowong dasar laut itu serta permintaan maaf awam di dalam akhbar dan media elektronik tempatan.

Beliau juga memohon injunksi bagi menghalang defendan daripada terus menerbitkan, membolehkan atau menyebabkan kenyataan menyinggung berkenaan diterbitkan.

Tags: Abdul Azeez Abdul Rahimkes samanLim Guan Engprojek terowong dasar laut
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Lim Guan Eng Saran PMX Anwar Sasar Pihak Bank, Bukan Golongan T20

Lim Guan Eng Saran PMX Anwar Sasar Pihak Bank, Bukan Golongan T20

13/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Penasihat DAP, Lim Guan Eng menyarankan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya menyasarkan pihak bank berbanding...

Lim Guan Eng Tegur PMX Anwar: Tidak Patut Memecahbelahkan Rakyat Golongan T20, 80 Peratus

Lim Guan Eng Tegur PMX Anwar: Tidak Patut Memecahbelahkan Rakyat Golongan T20, 80 Peratus

13/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak sepatutnya memecahbelahkan rakyat kepada 'kami' dan 'mereka' iaitu golongan berpendapatan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd