• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Laporan Kematian Iman Dibawa Ke Mesyuarat Kabinet Sabah

oleh
25/11/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA KINABALU – Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata, laporan kematian badak sumbu Sumatera betina terakhir Malaysia, Iman akan dibawa ke mesyuarat Kabinet pada minggu depan.

Beliau berkata, ia bagi membincangkan langkah terbaik yang perlu diambil kerajaan negeri bagi memastikan kelangsungan hidup spesies haiwan lain yang diancam kepupusan khususnya di Sabah.

“Kerajaan negeri telah melakukan usaha yang terbaik untuk merawat Iman selain berusaha mendapatkan sel benih daripada badak betina terakhir di negara ini.

“Tetapi malangnya Iman mengalami penyakit kanser dan kritikal yang tidak dapat diselamatkan….ia adalah berita sedih,” katanya kepada pemberita selepas menganugerahkan ijazah kepada graduan Universiti Malaysia Sabah (UMS) sidang ketiga bersempena majlis konvokesyen UMS Ke-21 di Dewan Canselori semalam.

Kematian Iman pada jam 5.35 petang di Santuari Badak Borneo, Hutan Simpan Hidupan Liar Tabin, di Lahad Datu semalam menjadikan haiwan tersebut telah pupus di negara ini.

Sebelum ini Iman diberi penjagaan dan perhatian terbaik selepas berjaya ditangkap pada Mac 2014 di Lembah Danum.

Dalam pada itu, Mohd Shafie berkata, kerajaan negeri Sabah telah mengenal pasti kawasan yang akan diwartakan sebagai kawasan hidupan liar pada tahun depan.

Beliau berkata, ia merupakan usaha untuk menjaga kelangsungan hidup haiwan liar yang diancam kepupusan khususnya gajah yang sering menjadi mangsa pemburu haram.

“Ini merupakan kerangka yang akan kita lakukan bagi membolehkan beberapa ribu ekar (tanah) dijadikan sebagai kawasan pemeliharaan binatang seperti yang dilakukan oleh negara di Afrika.

“Kita tahu gajah-gajah ini masuk ke kawasan penduduk kampung dan ke ladang kelapa sawit tetapi ia bukanlah ‘lesen’ untuk membunuh binatang liar itu sebaliknya berhubunglah dengan pihak berkuasa,” katanya.

Tags: badak sumbu Sumaterahaiwan terancamSabah
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Beberapa Guru Nyaris Hilang Nyawa Akibat Brek Keretapi Gagal Berfungsi Dalam Kejadian Di Sabah, Pagi Tadi

Beberapa Guru Nyaris Hilang Nyawa Akibat Brek Keretapi Gagal Berfungsi Dalam Kejadian Di Sabah, Pagi Tadi

03/03/2026
0

Oleh Mynewshub  TENOM: Sebuah keretapi yang membawa beberapa guru dari Sekolah Kebangsaan Pangi, Tenom dilaporkan mengalami masalah brek gagal berfungsi...

Jangan Kejar Agenda Peribadi, Amaran Hajiji Kepada Setiausaha Politik Baharu Dilantik

Jangan Kejar Agenda Peribadi, Amaran Hajiji Kepada Setiausaha Politik Baharu Dilantik

18/12/2025
0

KOTA KINABALU: Ketua Menteri , Datuk Seri Hajiji Noor memberi amaran kepada setiausaha politik di negeri ini supaya tidak menyalahgunakan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd