• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ahli Parlimen BN Mengaku Hadir Di Kediaman Azmin

oleh
19/11/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Seorang Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) mengaku telah hadir di kediaman rasmi Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali malam tadi tetapi menurut beliau kehadirannya itu bukan disuruh Datuk Seri Hishammuddin Hussein.

“Saya hadir bukan kerana Datuk Seri Hishammuddin suruh. Kami dijemput hadir dan berkaitan kawasan masing-masing,” kata dalam satu pesanan WhatsApp yang tular pagi ini.

Menurut wakil rakyat itu, dalam pertemuan tersebut beliau memanjangkan permohonan peruntukan bagi membina 264 buah rumah rakyat termiskin di kawasannya.

Permohonan tersebut telah diajukan kepada Datuk Dr. Md Farid Md Rafik yang ketika itu merupakan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri namun proses tersebut terbantut apabila Allahyarham meninggal dunia.

“Allahyarham sedang dalam proses membantu mereka tapi telah pulang ke rahmatullah. Itu adalah antara beberapa permohonan yg saya panjangkan kepada DS Azmin sebagai Menteri Hal Ehwal Ekonomi.

“Saya rela mengadap mereka demi rakyat saya. Begitu juga ahli-ahli parlimen lain. Hanya caranya berbeza.

“Saya bertekad ada satu lagi usaha yg perlu saya selesaikan ia itu hasrat arwah suami saya iaitu pembinaan Dewan Bukit Chandan yg telah diluluskan oleh Dato Johari Ghani sebelum ini tapi dibatalkan YB Lim Guan Eng,” kata wakil rakyat itu dipercayai merupakan Ahli Parlimen Kuala Kangsar, Datin Mastura Mohd Yazid.

Katanya, beliau berterus-terang dengan semua sahabat kerana baginya pandangan mereka amat bermakna.

“Maafkan saya sekiranya saya tidak sempurna tapi saya hanya melaksanakan apa yang boleh untuk rakyat kawasan saya dan untuk memastikan perjuangan kita berjaya,” katanya.

Sementara itu seorang lagi ahli Parlimen berkata: “Tiada apa yang hendak dijelaskan. Saya (memikul) amanah rakyat… tak ada yang nak dirisaukan. Biri tetap biru dan UMNO di hatiku.” – MalaysiaGazette

Tags: Ahli ParlimenBarisan NasionalHishamuddin HusseinMohamed Azmin Ali
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Enam MP Bersatu Isytihar Sokong PMX Langgar Mandat Pengundi Tak? – Fadhli Shaari

Enam MP Bersatu Isytihar Sokong PMX Langgar Mandat Pengundi Tak? – Fadhli Shaari

28/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Ketua Penerangan Pas Pusat, Ahmad Fadhli Shaari mempersoalkan sama ada tindakan enam Ahli Parlimen Bersatu yang menyatakan...

Ahli Parlimen PJ Bantah Pengharaman Buku Berkait Tokoh Parti Komunis Malaya

Ahli Parlimen PJ Bantah Pengharaman Buku Berkait Tokoh Parti Komunis Malaya

16/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Pakatan Harapan (PH) Petaling Jaya, Lee Chean Chung membantah pengharaman dua buah buku yang mengisahkan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd