• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, February 1, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Polis Berhak Semak Telefon Bimbit Orang Awam – KDN

oleh
18/11/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Polis mempunyai hak untuk menyemak telefon bimbit orang awam untuk memastikan tiada sebarang bentuk komunikasi berunsur lucah, jelik, mengugut dan mengancam keselamatan orang lain dan negara.

Timbalan Menteri Dalam Negeri, Mohd Azis Jamman berkata perkara itu dibenarkan untuk menjaga ketenteraman awam berdasarkan peruntukan undang-undang di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia (AKM) 1998.

“Bagaimanapun orang ramai perlu tahu hak mereka semasa semakan rambang dilakukan termasuk boleh meminta identiti pegawai polis yang melakukan pemeriksaan sebagai rekod jika ada pelanggaran prosedur operasi standard (SOP),” katanya pada sesi jawab lisan Persidangan Dewan Rakyat hari ini.

Beliau menjawab soalan tambahan Chan Ming Kai (PH-Alor Setar) yang bertanyakan sama ada terdapat laporan pelanggaran SOP dilakukan terhadap pihak polis semasa menyemak telefon bimbit orang awam.

Katanya jika orang awam merasakan ada pelanggaran SOP dilakukan oleh pihak polis, mereka boleh membuat laporan di mana-mana balai polis berhampiran atau di Bukit Aman.

Sementara itu, Azis berkata pihak polis akan menggunakan setiap elemen termasuk “phone-bugging” atau “tapping” untuk memastikan siasatan dapat dijalankan jika timbul isu keselamatan yang dilaporkan melibatkan mana-mana pihak.

“Ia tidak mengenal sama ada orang itu ahli politik, ahli perniagaan atau sesiapa sahaja yang dirasakan mempunyai kebarangkalian untuk melakukan perkara-perkara yang menyentuh isu keselamatan, saya yakin pihak polis akan mengambil tindakan sewajarnya,” katanya.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan Ismail Sabri Yaakob (BN-Bera) sama ada pihak polis menggunakan “phone-bugging” atau “tapping” untuk ahli politik blok pembangkang.

Tags: KDNorang awampolistelefon bimbit
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Polis Siasat Laporan Pendedahan Maklumat Peribadi Bekas Panglima Tentera Darat

Polis Siasat Laporan Pendedahan Maklumat Peribadi Bekas Panglima Tentera Darat

26/01/2026
0

Kuala Lumpur: Polis akan menjalankan siasatan berhubung laporan dibuat bekas Panglima Angkatan Tentera Darat, Tan Sri Mohammad Hafizuddeain Jantan berkait...

Polis Siasat Insiden Pegawai Kanan 69 Komando Mati Ketika Latihan Menyelam Di Semporna – KPN

Polis Siasat Insiden Pegawai Kanan 69 Komando Mati Ketika Latihan Menyelam Di Semporna – KPN

22/01/2026
0

KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan menjalankan siasatan terperinci terhadap insiden pegawai Unit VAT 69 Komando, Inspektor Khairil Azhar...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd