• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pengasuh Didenda RM12,000 Gores Kepala Bayi Dengan Pin

oleh
14/11/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Seorang pengasuh taska yang melepaskan geram kerana diberikan banyak kerja dengan menggores kepala seorang bayi lelaki berusia setahun menggunakan pin tudung, dijatuhi hukuman denda RM12,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini, hari ini kerana mendera bayi itu.

Hakim Mahyon Talib menjatuhkan hukuman terhadap wanita berusia 22 tahun itu, yang juga merupakan penuntut di sebuah universiti awam, selepas dia menukar pengakuan kepada bersalah pada hari pertama perbicaraan kesnya hari ini.

Mahkamah turut memerintahkan wanita itu dipenjara empat bulan sekiranya denda gagal dibayar.

Wanita itu didakwa dengan sengaja melakukan penderaan kepada bayi itu menggunakan jarum sehingga menyebabkan kecederaan iaitu kesan calar di kepala mangsa di sebuah pusat taska di Jalan Bukit Pantai, Bukit Pantai, Brickfields, di sini, pada 11 pagi, 21 Jun lepas.

Kesalahan itu didakwa mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001 yang membawa hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara yang boleh sampai 20 tahun atau kedua-duanya.

Terdahulu, penuntut itu yang diwakili peguam Datuk Dr. Mohd Radzuan Ibrahim memohon hukuman ringan atas alasan ia kesalahan pertama anak guamnya selain dia sedang marah ketika melakukan perbuatan itu.

“Ketika kejadian, anak guam saya sedang marah kerana disuruh melakukan banyak kerja di taska dan dia melepaskan geramnya kepada bayi itu,” kata Mohd Radzuan.

Timbalan Pendakwa Raya, Nurliyana Mohd Jafri memohon mahkamah menjatuhkan hukuman setimpal mengambil kira kepentingan awam kerana kes penderaan kanak-kanak dan bayi oleh pengasuh semakin berleluasa.

“Ekoran tindakan menggores kepala oleh tertuduh, bayi itu telah mengalami empat kesan calar pada kepalanya. Perasaan marah bukanlah alasan untuk mencederakan.

“Tambahan lagi dia adalah seseorang yang telah diberi kepercayaan oleh ibu bapa bayi itu. Saya mohon satu hukuman yang dapat memberi pengajaran kepada tertuduh,” katanya.

Tags: penderaan bayipengasuh taskapin tudungWanita
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Bunuh Suami: Mahkamah Kekal Hukuman Penjara 33 Tahun Terhadap Wanita, Adik Lelaki

Bunuh Suami: Mahkamah Kekal Hukuman Penjara 33 Tahun Terhadap Wanita, Adik Lelaki

11/02/2026
0

PUTRAJAYA: Mahkamah Persekutuan, di sini hari ini mengekalkan hukuman penjara 33 tahun terhadap wanita dan adik lelakinya yang disabitkan dengan...

Wanita Didakwa Menetap Di Terminal KLIA Sejak Setahun Lalu, Ditahan Polis

Wanita Didakwa Menetap Di Terminal KLIA Sejak Setahun Lalu, Ditahan Polis

23/12/2025
0

KUALA LUMPUR: Polis sudah menahan wanita yang menimbulkan kegusaran orang ramai kerana memarahi kanak-kanak yang berada di terminal Lapangan Terbang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd