• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kerajaan Tanggung Premium RM10.3 Bilion Selamatkan TH

oleh
14/11/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kerajaan akan menanggung premium sebanyak RM10.3 bilion untuk memastikan kedudukan kewangan Lembaga Tabung Haji (TH) pulih.

Urusharta Jamaah Sdn. Bhd. (UJSB) dalam kenyataan hari ini berkata, langkah itu merupakan sebahagian daripada pelan menyelamat dan menyusun semula dana haji itu.

UJSB yang merupakan syarikat milik penuh Kementerian Kewangan (MOF) menyelesaikan pemindahan aset tidak berbayar bernilai RM9.63 bilion yang dipegang oleh TH pada Disember tahun lepas, susulan kemerosotannya akibat salah pengurusan kewangan dan salah laku pengurusan sebelum ini.

Pemindahan ini dilakukan dari TH kepada UJSB sebagai pertukaran untuk sejumlah RM19.90 bilion, yang terdiri daripada dua peringkat sukuk berjumlah RM19.60 bilion, iaitu RM10 bilion sukuk tujuh tahun dan saham keutamaan boleh tukar Islam bernilai RM9.9 bilion (RCPS-i) serta wang tunai RM300 juta yang perlu dibayar kepada TH.

“Perbezaan sebanyak RM10.3 bilion antara pertimbangan sebanyak RM19.90 bilion dan nilai pasaran ke atas aset sebanyak RM9.63 bilion akan ditanggung oleh kerajaan bagi memastikan kedudukan kewangan TH dipulihkan,” kata UJSB dalam kenyataan di sini hari ini.

UJSB berkata, sekiranya nilai aset menyusut lebih lanjut, kerugian yang perlu ditanggung oleh kerajaan akan lebih tinggi daripada RM10.3 bilion.

Mengulas lanjut mengenai aset yang dipindahkan, UJSB berkata, ia terdiri daripada gabungan pegangan ekuiti, hartanah dan aset perladangan yang tidak tersenarai.

Aset harta yang dipindahkan ke UJSB, termasuk 0.63ha tanah di Tun Razak Exchange (TRX).

Tanah itu dibeli oleh TH pada harga RM188.5 juta atau RM2,760 satu kaki persegi (psf), jauh lebih tinggi daripada yang dibayar oleh 1Malaysia Development Bhd. (1MDB) pada harga RM75 psf (atau RM5.1 juta untuk 0.63ha).

UJSB kemudian membeli tanah TRX dari TH pada harga RM400 juta atau RM5,856 psf, yang tidak mencerminkan nilai pasaran sebenar tanah tersebut.

“Pertimbangan pembelian dilakukan pada premium yang signifikan (112.2 peratus) kepada yang dibayar oleh TH pada April 2015 (RM188.5 juta atau RM2,760 psf),” katanya.

Dalam penilaian yang dibuat pada Mac 2019, nilai pasaran tanah TRX itu hanya berjumlah RM205 juta.

Perbezaan besar antara nilai pasaran dan nilai pembelian tanah (95 peratus premium berbanding nilai pasaran), serta semua aset lain yang diperoleh oleh UJSB, diperlukan untuk memastikan pelan menyelamat dan menyusun semula LTH berjaya.

Secara keseluruhannya, UJSB akan menanggung kerugian ketara akibat caj kemerosotan nilai yang dianggarkan melebihi RM10 bilion untuk aset yang diperoleh dari TH.

Urus niaga tanah TRX itu sahaja akan menyebabkan caj kemerosotan sebanyak RM195 juta.

“Susulan pemindahan aset yang kini selesai, UJSB akan meneruskan mandat dan tujuannya bagi menjalankan pemulihan dan penstrukturan semula aset di bawah jagaannya, memaksimumkan nilai pemulihan aset dan menebus semua instrumen kewangan yang dikeluarkan oleh UJSB dan dilanggan oleh TH tepat pada masanya.”

Tags: Tabung HajiUJSBurusharta jamaah
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Penerbangan Bawa 278 Jemaah Haji Malaysia Mendarat Di Oman Ekoran Isu Teknikal

Penerbangan Bawa 278 Jemaah Haji Malaysia Mendarat Di Oman Ekoran Isu Teknikal

05/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Lembaga Tabung Haji (TH) memaklumkan penerbangan KT051 (MH8110) kendalian Malaysia Airlines (MAS) yang membawa jemaah haji Malaysia...

Iran Sahkan Operasi Janji Benar Sudah Berakhir

Konflik Iran-Israel: TH Teruskan Persiapan Bagi Musim Haji 2024 Seperti Dirancang – Mohd Na’im

14/04/2024
0

KUALA LUMPUR: Kerajaan akan bekerjasama rapat dengan Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi bagi memastikan keselamatan jemaah haji dan umrah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd