• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Lebih 60 Peratus Mangsa Macau Scam Adalah Wanita

oleh
13/11/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Sebahagian besar mangsa kes penipuan Macau scam dan African scam yang berlaku di negara ini adalah golongan wanita, kata Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Hannah Yeoh.

Menurut Hannah, bagi tempoh Januari hingga Oktober tahun ini sahaja, sebanyak 1,911 kes Macau scam telah direkodkan dan daripada jumlah itu sebanyak 1,109 kes melibatkan mangsa wanita.

Sementara untuk kes Afrika scam pula, daripada 1,303 kes yang dicatatkan pada tempoh yang sama, sebanyak 1,070 kes turut melibatkan golongan itu.

“Sindiket ini biasanya akan menghubungi mangsa dan memaklumkan perkara yang boleh menyebabkan ketakutan pada kaum hawa seperti mendakwa mereka terlibat dalam jenayah, ada tunggakan hutang atau saman tertunggak dan sebagainya.

“Sekiranya menerima panggilan seperti itu, dinasihatkan untuk membuat semakan dengan agensi yang berkaitan bagi mengesahkan kesahihan dakwaan yang dibuat.

“Jangan mudah percaya dan jangan terus mengikut arahan seperti memberikan nombor kad pengenalan atau butiran akaun bank,” kata beliau.

Pada masa yang sama, Hannah turut mengingatkan orang ramai agar tidak sesekali menghantar atau memasukkan wang ke dalam akaun orang yang hanya dikenali secara dalam talian untuk mengelak menjadi mangsa Afrika scam.

Sementara itu, Timbalan Menteri Dalam Negeri, Mohd Azis Jamman berkata PDRM telah membangunkan satu portal iaitu http://ccid.rmp.gov.my/semakmule bagi memudahkan orang ramai membuat semakan keldai akaun.

Sekiranya sesuatu akaun bank ada disiasat pihak polis, ia akan dipaparkan di portal itu dan orang ramai dinasihatkan untuk tidak membuat sebarang urusan pembayaran ke akaun itu.

Pada masa yang sama, Azis berkata KDN juga akan sentiasa bekerjasama dengan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat dalam menangani isu itu memandangkan pihaknya menyedari wanita adalah sasaran mudah bagi sindiket itu.

Tags: Kes PenipuanMacau ScamWanita
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Bunuh Suami: Mahkamah Kekal Hukuman Penjara 33 Tahun Terhadap Wanita, Adik Lelaki

Bunuh Suami: Mahkamah Kekal Hukuman Penjara 33 Tahun Terhadap Wanita, Adik Lelaki

11/02/2026
0

PUTRAJAYA: Mahkamah Persekutuan, di sini hari ini mengekalkan hukuman penjara 33 tahun terhadap wanita dan adik lelakinya yang disabitkan dengan...

Wanita Didakwa Menetap Di Terminal KLIA Sejak Setahun Lalu, Ditahan Polis

Wanita Didakwa Menetap Di Terminal KLIA Sejak Setahun Lalu, Ditahan Polis

23/12/2025
0

KUALA LUMPUR: Polis sudah menahan wanita yang menimbulkan kegusaran orang ramai kerana memarahi kanak-kanak yang berada di terminal Lapangan Terbang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd