• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jemaah Menteri Bakal Putuskan Ratifikasi CPTPP

oleh
07/11/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Keputusan muktamad sama ada Perjanjian Komprehensif dan Progresif bagi Perkongsian Trans-Pasifik (CPTPP) akan diratifikasi atau sebaliknya akan ditentukan oleh jemaah menteri.

Majlis Tindakan Ekonomi (EAC) dalam satu kenyataan hari ini berkata, perkara itu diputuskan pada mesyuarat ketujuh EAC yang berlangsung di Putrajaya semalam.

Menurut EAC, mesyuarat yang dipengerusikan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad itu membincangkan hasil kajian impak yang dijalankan oleh Kementerian Hal Ehwal Ekonomi (MEA) ke atas CPTPP.

“Perjanjian perdagangan seperti CPTPP perlu mengambil kira komitmen kerajaan dalam melaksanakan dasar pembangunan yang inklusif agar manfaat CPTPP yang dijana dapat dinikmati bersama dan selari dengan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030,” katanya.

Implikasi dan potensi impak CPTPP juga telah dibincangkan secara mendalam pada mesyuarat tersebut.

Selain itu, seiring dengan usaha kerajaan untuk mewujudkan suasana pasaran domestik yang lebih kompetitif, efisien dan kondusif, EAC turut membincangkan hasil kajian semula pasaran sektor makanan negara di bawah Akta Persaingan 2010.

Kajian ini dijalankan oleh Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC).

Hasil pembentangan penemuan kajian ini telah diteliti dan turut membincangkan prospek penstrukturan semula rantaian bekalan makanan menerusi platform ekonomi digital dengan penglibatan aktif sektor swasta bagi menurunkan harga barangan keperluan.

Tags: CPTPPEACjemaah menteri
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Jemaah Menteri Tak Bincang Keperluan Lembaga Pengampunan Buat Penjelasan

Jemaah Menteri Tak Bincang Keperluan Lembaga Pengampunan Buat Penjelasan

07/02/2024
0

Putrajaya : Jemaah Menteri tidak membincangkan sebarang keperluan untuk Lembaga Pengampunan membuat sebarang penjelasan berhubung isu pengurangan hukuman bekas Perdana...

Permukiman Jemaah Menteri Di Lokasi Rahsia Esok – Fahmi

Permukiman Jemaah Menteri Di Lokasi Rahsia Esok – Fahmi

14/01/2023
0

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengadakan sesi permukiman bersama barisan Jemaah Menteri, esok. Ikuti Mynewshub: Telegram Menteri Komunikasi dan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd