• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, November 12, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Lawan Sebenar Bukan MCA Tapi Muafakat Nasional – Kit Siang

oleh
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PONTIAN – Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Tanjung Piai disifatkan cukup bersejarah kepada Pakatan Harapan (PH) apabila bertembung dengan calon Muafakat Nasional dan bukannya MCA.

Veteran DAP, Lim Kit Siang berkata, kehadiran pemimpin UMNO-PAS yang membentuk Muafakat Nasional turun berceramah di Tanjung Piai dapat dilihat dengan jelas malam semalam.

“Sebenarnya yang bertanding atas nama MCA bukanlah calon MCA tetapi calon Muafakat Nasional. Apa yang PH lawan ialah Muafakat Nasional.

“Sebab itu malam ini (semalam) ada satu ceramah di mana pemimpin-pemimpin PAS dan UMNO hadir dan berucap,” katanya ketika berucap pada program Forum Kopitiam di Kampung Penerok malam tadi.

Terdahulu, ceramah perdana Barisan Nasional (BN) yang diadakan di kawasan berdekatan Rimba Terjun menyaksikan lebih daripada 1,000 orang hadir.

Antara yang hadir termasuk Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi; Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang; Presiden MCA, Datuk Seri Dr. Wee Ka Siong dan calon BN, Datuk Seri Dr. Wee Jeck Seng.

Dalam pada itu, Kit Siang turut membidas Jeck Seng kerana tidak pernah bersuara isu 1Malaysia Development Bhd. (1MDB) ketika menjadi ahli Parlimen selama dua penggal. – Sinar Harian

Tags: DAPLim Kit SiangMCAmuafakat nasional
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

DAP Dakwa Rakyat Tak Puas Hati, BN Bakal Tewas PRU-16 Sebab Najib

DAP Dakwa Rakyat Tak Puas Hati, BN Bakal Tewas PRU-16 Sebab Najib

12/11/2026
0

MELAKA - Pengerusi DAP Melaka, Khoo Poay Tiong mendakwa pembayaran denda RM50 juta oleh UMNO bagi membolehkan bekas Perdana Menteri,...

DAP Menjunjung Tinggi Pendirian Anthony Loke Meletak Jawatan Menteri

DAP Menjunjung Tinggi Pendirian Anthony Loke Meletak Jawatan Menteri

11/11/2026
0

KUALA LUMPUR - DAP Menjunjung tinggi pendirian Setiausaha Agungnya, Anthony Loke Siew Fook meletakkan jawatan sebagai Menteri Pengangkutan. Menerusi satu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd