• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PAS Kaji Hubungan Dengan BERJASA

oleh
05/11/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – PAS akan mengkaji semula hubungan dengan Barisan Jemaah Islamiah Se-Malaysia (BERJASA) dalam Gagasan Sejahtera, susulan parti itu meletakkan calon pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Tanjung Piai.

Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menegaskan walaupun pihaknya tidak bersetuju dengan hasrat BERJASA meletakkan calon pada PRK itu, parti berkenaan tetap berbuat demikian.

“Kita tidak setuju dia (Presiden BERJASA, Datuk Dr. Badrulhisham Abdul Aziz) bertanding. Itu terpulang kepada dia (untuk bertanding), namun kita tidak setuju.

“Kerjasama dengan BERJASA ini kita akan kaji dari semasa ke semasa (kerana meletakkan calon),” katanya kepada pemberita di lobi Parlimen, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai status kerjasama PAS dengan BERJASA dalam Gagasan Sejahtera susulan parti itu meletakkan calon pada PRK Tanjung Piai.

Gagasan Sejahtera adalah gabungan politik yang diwujudkan pada 2016 dengan hasrat menjadi blok ketiga dalam senario politik tanah air, dianggotai PAS, BERJASA dan Parti Ikatan Bangsa Malaysia (IKATAN).

PAS turut menjalin kerjasama dengan UMNO dengan menubuhkan Muafakat Nasional pada 14 September lalu, manakala UMNO masih kekal bersama MCA dan MIC dalam Barisan Nasional (BN).

Sehubungan itu, tindakan BERJASA meletakkan calon pada PRK Parlimen Tanjung Piai, bertentangan dengan pendirian PAS yang bersetuju dengan calon BN daripada MCA, Datuk Seri Dr. Wee Jeck Seng.

Abdul Hadi turut menegaskan akan mengarahkan ahli PAS di Tanjung Piai untuk memberikan undi kepada Jeck Seng, ketika turun berkempen ke kawasan itu pada Rabu ini.

Ditanya mengenai pandangan Jeck Seng bahawa MCA kekal dengan pendirian menolak Rang Undang-Undang (RUU) Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 (RUU 355), Abdul Hadi berkata, itu adalah pandangan peribadinya.

“Itu pandangan peribadi. Kita bekerjasama dengan parti,” katanya.

Berhubung desas-desus sebahagian akar umbi PAS tidak bersetuju calon MCA diletakkan pada PRK itu, Abdul Hadi menegaskan ia tidak benar, selain memberi jaminan jentera parti akan turun bekerja.

PRK Parlimen Tanjung Piai yang akan diadakan pada 16 November ini menyaksikan saingan enam penjuru membabitkan calon Pakatan Harapan (PH), BN, GERAKAN, BERJASA dan dua calon Bebas.

Selain Jeck Seng dan Badrulhisham, calon lain adalah wakil GERAKAN, Wendy Subramaniam; calon PH, Karmaine Sardini serta dua calon Bebas, Dr. Ang Chuan Lok dan Faridah Aryani Abdul Ghafar.

PRK Parlimen Tanjung Piai diadakan berikutan kematian penyandangnya Datuk Dr. Md Farid Md Rafik, 42, daripada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) pada 21 September lalu akibat komplikasi jantung. – BH Online

Tags: Abdul Hadi AwangBerjasaPASPRK Tanjung Piai
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

DAP Berkuasa Jika Parti Melayu Memilih Terus Berpecah – Annuar

DAP Berkuasa Jika Parti Melayu Memilih Terus Berpecah – Annuar

26/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Bekas Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Annuar Musa menyeru UMNO kembali menjalin kerjasama politik bersama PAS dan...

Selangor Perlu Akui Pelan Banjir Gagal, Kata PAS

Selangor Perlu Akui Pelan Banjir Gagal, Kata PAS

22/04/2026
0

SHAH ALAM – Kenyataan media terbaharu daripada PAS Selangor mencetuskan perhatian apabila parti itu secara terbuka menggesa kerajaan negeri mengakui...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd