• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, November 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Calon MCA Hantar Warga Emas Tunai Umrah Jika Menang PRK

oleh
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PONTIAN – Calon Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr. Wee Jeck Seng berjanji mewujudkan semula program penghantaran warga emas kurang berkemampuan untuk menunaikan umrah sekiranya memenangi pilihan raya kecil (PRK) Parlimen Tanjung Piai kelak.

Menurutnya, program itu pernah diwujudkan dengan kos pergi dan balik sekurang-kurangnya 10 warga emas kurang berkemampuan dari Parlimen Tanjung Piai menunaikan ibadah umrah di tanah suci Makkah ditanggung beliau sepenuhnya.

“Saya juga ada buat satu program khas untuk masyarakat Melayu… ingat lagi tak saya dahulu ada hantar 10 warga emas untuk menjalani ibadat umrah di tanah suci Makkah?

“Saya anggap itu sebagai tanggungjawab wakil rakyat dan saya tanggung keseluruhan kos kerana ikhlas dan bukan tujuan politik.

“Saya juga boleh membuat komitmen dan janji kalau BN menang kali ini, kita mahu hantar lagi warga emas ke tanah suci,” katanya sewaktu menyampaikan ucapan pengenalan diri sebagai calon MCA dari BN di program ceramah kelompok BN, Pekan Nanas malam tadi.

Dalam pada itu, Jeck Seng turut melahirkan rasa dukacita kerana kegagalannya mempertahankan kerusi Parlimen Tanjung Piai pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

Menurutnya, beliau sedih dirinya terpaksa dikorbankan pengundi muda Parlimen ini semata-mata hendakkan perubahan dalam pentadbiran kerajaan.

“Keputusan itu saya terima dengan hati terbuka meskipun memberi banyak bantuan kepada masyarakat Parlimen Tanjung Piai termasuk dana RM500,000 untuk peluang pendidikan tambahan pelajar Tingkatan Lima.

“Cuma kali ini saya minta mereka jangan tertipu lagi dengan janji-janji PH, sebaliknya setiap keluarga mesti menghasut anak kita berpolitik(menyokong BN) supaya kita dapat membantu mereka kembali,” katanya. – Sinar Harian

Tags: Barisan NasionalMCAPRK Tanjung Piaiumrahwee jeck seng
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

MCA Dakwa BN Melaka Ketepikan Semangat Muafakat

MCA Dakwa BN Melaka Ketepikan Semangat Muafakat

25/10/2026
0

KUALA LUMPUR - MCA mendakwa Barisan Nasional (BN) Melaka mengetepikan semangat muafakat apabila membuat keputusan secara unilateral berhubung pengagihan kerusi...

Kata Tiada Maklumat, Tapi Boleh Pula Dapat Maklumat Daripada MPT?’ – Ka Siong Persoal KPKT Isu Tiga Gajah DAK

Kata Tiada Maklumat, Tapi Boleh Pula Dapat Maklumat Daripada MPT?’ – Ka Siong Persoal KPKT Isu Tiga Gajah DAK

09/10/2026
0

KUALA LUMPUR - Presiden MCA, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong mempersoalkan jawapan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) yang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd