• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, June 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PAS Tolak Tawaran UMNO Jadi Exco Perlis

oleh
29/10/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – PAS menolak tawaran Kerajaan Negeri Perlis yang menawarkan jawatan Exco kepada parti itu.

Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, PAS yang kini bekerjasama dengan UMNO hanya mahu terus menyokong semua polisi yang diperkenalkan kerajaan negeri pimpinan Barisan Nasional (BN).

“Jawatan (Exco) semua penuh, Perlis tawarkan sebab kekosongan. Kita tak terima cadangan tersebut tapi akan bersama kerajaan,” katanya di lobi Parlimen, hari ini.

Tuan Ibrahim ditanya mengenai cadangan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang membuka pintu kepada wakil UMNO dalam kerajaan negeri pimpinan PAS seperti Kelantan dan Terengganu.

Hadi berkata demikan pada sidang media sempena Himpunan Penyatuan Ummah (HPU914) di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), September lalu.

“Tengok perkembangan selanjut. Memang ada rancangan… itu (hal) dalam keluarga kami (PAS dan UMNO),” kata Hadi.

Mengulas lanjut, Tuan Ibrahim turut berkata, tiada ruang bagi pemimpin UMNO mengisi jawatan Exco di Kelantan dan Terengganu kerana kuotanya sudah mencukupi.

Ahli Parlimen Kubang Kerian itu turut menjelaskan hanya pelantikan bagi agensi-agensi di bawah kerajaan negeri yang boleh diberikan kepada mana-mana pemimpin UMNO.

“Hingga setakat ini, dari segi kerajaan, mereka tidak masuk secara terus tapi mereka terlibat dalam beberapa agensi bawah kerajaan negeri.

“Buat masa ini penglibatan mereka sangat baik,” katanya lagi. – FMT

Tags: Exco PerlisPASUMNO
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

“Ikhlas Apa? DAP Belasah Setiap Isu Yang BN Bangkitkan” – Hafiz Ariffin

“Ikhlas Apa? DAP Belasah Setiap Isu Yang BN Bangkitkan” – Hafiz Ariffin

19/06/2026
0

KUALA LUMPUR – Setiausaha Pemuda UMNO, Hafiz Ariffin mempersoalkan dakwaan Pengerusi DAP Johor, Teo Nie Ching yang menyatakan DAP ikhlas...

“Allah Tunjukkan Sikap Autoritarian Dan Politik Kotor PAS” – Ketua Penerangan Bersatu

“Allah Tunjukkan Sikap Autoritarian Dan Politik Kotor PAS” – Ketua Penerangan Bersatu

18/06/2026
0

KUALA LUMPUR – Ketua Penerangan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Tun Faisal Ismail Aziz mendakwa tindakan terkini Perikatan Nasional...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd