• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 17, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

UM Belum Buat Keputusan Tarik Balik Laporan Polis

oleh
21/10/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Lembaga Pengarah Universiti Malaya (UM) sedang mempertimbangkan permintaan graduan kontroversi, Wong Yan Ke, 23, yang mendesak supaya laporan polis terhadapnya ditarik balik.

Ahli Lembaga Pengarah UM, Prof. Dr. Rofina Yasmin Othman berkata, perkara itu masih dalam perbincangan dan sebarang keputusan belum dapat dipastikan.

“(Tarik balik laporan polis) itu kita kena tunggu apa-apa keputusan daripada Lembaga Pengarah UM.

“Perbincangan berterusan untuk penambahbaikan proses kami,” katanya selepas Majlis Menandatangani Memorandum Perjanjian (MoA) di antara UM dengan Mr. DIY Sdn. Bhd. serta penyampaian hadiah Pertandingan DIY Made Simple 2019 di sini hari ini.

Sabtu lalu, Yan Ke, graduan Kejuruteraan Awam mendesak pihak UM menarik balik laporan polis yang dibuat ke atas dirinya sebagai bukti UM menghormati kebebasan bersuara.

Yan Ke juga meminta Naib Canselor UM, Datuk Dr. Ir. Abdul Rahim Hashim tampil dan membuat penjelasan mengenai ucapan didakwa berbaur perkauman ketika Kongres Maruah Melayu pada 6 Oktober lalu.

Terdahulu, pentadbiran UM mengecam tindakan Yan Ke yang mengeluar dan menayangkan plakad bertulis ‘Tolak Rasis’ dan ‘Undur VC’ ketika berada di pentas majlis istiadat konvokesyen universiti itu.

Tags: graduan biadabUniversiti Malayawong yan ke
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

“Saya Akan Dapatkan Maklumat Daripada Pihak UM” – Zambry

“Saya Akan Dapatkan Maklumat Daripada Pihak UM” – Zambry

16/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) akan mendapatkan maklumat daripada Universiti Malaya (UM) berhubung isu adegan ranjang dalam sebuah...

Kesatuan Mahasiswa UM Desak Pasukan Teater Mohon Maaf Dalam Tempoh 24 Jam

Kesatuan Mahasiswa UM Desak Pasukan Teater Mohon Maaf Dalam Tempoh 24 Jam

16/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Kesatuan Mahasiswa Universiti Malaya (KMUM) mengecam sekeras-kerasnya pementasan teater oleh sebuah pasukan teater kolej di UM yang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd