• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, September 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Boleh Kecam Graduan Biadab Tapi Jangan Rampas Ijazah

oleh
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman tidak bersetuju dengan desakan pihak-pihak tertentu agar menarik semula ijazah sarjana muda milik Wong Yan Ke, 23.

Perkara itu dimaklumkan Ahli Parlimen Muar itu dalam ciapan terbaharu menerusi akaun Twitternya, malam tadi.

Pada masa sama, Syed Saddiq juga tidak bersetuju pentas konvokesyen dijadikan sebagai pentas protes.

“Saya tidak bersetuju untuk menggunakan pentas konvokesyen sebagai pentas protes. Hari itu milik semua graduan dan ibu bapa untuk bergembira.

“Saya juga tidak bersetuju dengan desakan untuk merampas ijazah. Kita boleh kritik dan kecam tindakan itu tanpa merampas ijazah yang diusahakan selama lebih 4 tahun,” tulis beliau.

Ciapan itu sebagai mengulas tindakan Penggerak Mahasiswa Universiti Malaya (PMUM) iaitu pertubuhan bukan kerajaan yang melancarkan melancarkan petisyen di media sosial menuntut UM menarik balik ijazah pertama milik Yan Ke.

Petisyen itu digerakkan susulan tindakan biadab graduan itu mengangkat plakad tertulis ‘Tolak Rasis’ dan ‘Undur VC’ di hadapan tetamu dan pentadbir tertinggi UM sewaktu konvokesyen ke-59 di institusi pengajian tinggi awam tersebut.

Petisyen khas dilancarkan dengan menyatakan dua perkara utama iaitu menuntut UM menarik balik ijazah sarjana muda dan menuntut permohonan maaf secara terbuka oleh Wong Yan Ke kepada Naib Canselor UM, Datuk Ir. Abdul Rahim Hashim. – Sinar Harian

Tags: DAPgraduanSyed SaddiqUniversiti Malaya
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Najib ‘Garis Merah’ DAP, Parti Perlu Bertindak – Kian Ming

Najib ‘Garis Merah’ DAP, Parti Perlu Bertindak – Kian Ming

19/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Bekas pemimpin DAP, Dr. Ong Kian Ming berpandangan parti itu perlu mengambil tindakan lebih tegas sekiranya isu...

DAP Adakan ‘Mesyuarat Tergempar’ Esok Susulan Tahanan Rumah Najib

DAP Adakan ‘Mesyuarat Tergempar’ Esok Susulan Tahanan Rumah Najib

18/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP akan mengadakan mesyuarat esok bagi membincangkan dan memutuskan pendirian serta tindakan susulan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd