• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, June 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Polis Ikut Undang-Undang Kes Tangkapan LTTE – Mahathir

oleh
14/10/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

LANGKAWI – Tindakan polis menahan 12 individu termasuk dua Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) bagi membantu siasatan berkaitan kes kumpulan pengganas Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE) dilakukan mengikut peruntukan undang-undang, kata Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Perdana menteri berkata tindakan polis itu juga dilakukan tanpa campur tangan pentadbirannya dan beliau menyangkal kononnya tangkapan itu bagi melemahkan mana-mana pihak.

“Pihak kerajaan ingin tahu apa sebab perkara ini berlaku. Kita tidak suka guna kuasa untuk lemahkan mana-mana pihak.

“Ini bukan saya tangkap orang, bukan Muhyiddin (Menteri Dalam Negeri Tan Sri Muhyiddin Yassin) tangkap orang, (tapi) polis yang tangkap dan benda yang dibuat pegawai mereka itu ikut undang-undang,” katanya dalam sidang media selepas menghadiri taklimat mengenai pembangunan Langkawi, di sini hari ini.

Ditanya sama ada tangkapan itu akan menjejaskan sokongan terhadap Pakatan Harapan (PH) yang akan berdepan Pilihan Raya Kecil Parlimen Tanjung Piai bulan depan, Dr. Mahathir berkata: “Kalau ada implikasi politik, itu kita terpaksa cari lah, apa latar belakang dia (mereka yang ditahan),” katanya.

Polis hari ini menahan lima lagi individu termasuk seorang guru kerana disyaki terlibat dalam mempromosi, menyokong, memiliki bahan dan menyalurkan dana membabitkan LTTE.

Penahanan terbaharu itu menjadikan jumlah keseluruhan tangkapan berkaitan LTTE sejak Khamis lepas ialah 12 orang.

Khamis lepas, tujuh individu termasuk dua Ahli Dewan Undangan Negeri ditahan mengikut Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA) selepas disyaki terlibat dengan kumpulan pengganas LTTE.

Tags: LTTEMahathir Mohamadpengganaspolis
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Tony Pua Mengaku Tulis Sendiri Hantaran Facebook

Tony Pua Mengaku Tulis Sendiri Hantaran Facebook

21/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Pengerusi Jawatankuasa Disiplin DAP, Tony Pua memaklumkan beliau telah dipanggil pihak polis bagi memberi keterangan berhubung hantaran...

Wanita Menyamar Kakitangan Hospital Sultanah Aminah Minta Bayaran Masuk Wad RM30

Wanita Menyamar Kakitangan Hospital Sultanah Aminah Minta Bayaran Masuk Wad RM30

22/04/2026
0

JOHOR BAHRU – Pihak pengurusan Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru (HSAJB) memaklumkan wanita yang menyamar sebagai staf hospital meminta bayaran...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd