• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, November 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mahathir Janji Lepas Jawatan PM Sebelum PRU15

oleh
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

NEW YORK – Tun Dr. Mahathir Mohamad berjanji akan melepaskan jawatan Perdana Menteri sebelum Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) akan datang.

Astro Awani melaporkan Dr. Mahathir berkata, dalam tempoh tiga tahun ini beliau akan berusaha mencapai pelbagai matlamat Malaysia.

“Saya berjanji untuk mengundur diri sebelum pilihan raya akan datang dan memberi laluan kepada calon lain.

“Saya mungkin ada sekitar tiga tahun mungkin. Dalam tempoh tiga tahun ini, saya perlu mencapai kejayaan dalam pelbagai perkara,” katanya pada sesi bersama Majlis Hubungan Luar (CFR) di sini Khamis.

Dialog bersama anggota CFR itu adalah program sampingan beliau dalam rangka lawatan kerja lima hari ke Amerika Syarikat seiring Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA) sesi ke-74.

Namun Dr. Mahathir berkata, tiada sebarang jaminan semua usaha yang dilakukannya ketika ini akan mencapai kejayaan seperti diharapkan.

Ini kerana katanya, sewaktu melepaskan jawatan pada 2003, beliau meninggalkan kerusi Perdana Menteri keempat dengan kedudukan ekonomi, politik dan pentadbiran yang baik.

Bagaimanapun tegasnya, ia berubah apabila penggantinya mempunyai idea yang berbeza.

“Malangnya, apabila anda mempunyai pemimpin yang berpandangan lain, perkara buruk boleh berlaku. Sekarang saya tidak boleh memberi jaminan sama ada akan melakukan yang lebih baik atau yang tidak baik.

“Namun kita akan pastikan segalanya teratur, anggota pentadbiran telah dibersihkan dan melantik mereka yang lebih jujur, tapi kurang latihan, namun mampu untuk melakukan tugas,” katanya.

Jelasnya, pada ketika ini beliau telah berjaya membetulkan situasi kewangan negara, mengurangkan hutang, dan merancang untuk menjadikan hutang sedia ada kepada peluang masa hadapan. – Sinar Harian

Tags: Mahathir MohamadPerdana MenteriPRU15
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

‘Era PMX Stesen Bas Diluluskan. Alhamdulillah. Pertama kali Perdana Menteri Buat Majlis Serah Surat Lulus Projek’ – Annuar Musa

‘Era PMX Stesen Bas Diluluskan. Alhamdulillah. Pertama kali Perdana Menteri Buat Majlis Serah Surat Lulus Projek’ – Annuar Musa

01/11/2026
0

KOTA BHARU - Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, Tan Sri Annuar Musa berkata, semangat federalisma sememangnya menjadi satu kewajipan yang...

Perdana Menteri Bukan Pendakwa Raya – Azalina

Perdana Menteri Bukan Pendakwa Raya – Azalina

13/10/2026
0

KUALA LUMPUR -Ketua Penerangan UMNO Malaysia, Datuk Seri Azalina Othman Said menegaskan bahawa Perdana Menteri bukan Pendakwa Raya dan tidak...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd