• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Peralihan Penuh Siaran TV Digital MyFreeview 31 Oktober Ini

oleh
24/09/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

CYBERJAYA – Negara akan beralih kepada siaran TV Digital myFreeview secara sepenuhnya pada 31 Oktober ini sekali gus menandakan satu era baharu dalam industri penyiaran negara.

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) berkata, peralihan daripada siaran TV percuma menggunakan teknologi lama atau analog itu dilakukan secara berperingkat melibatkan Wilayah Tengah dan Selatan pada 30 September ini, Wilayah Utara dan Timur (14 Oktober) serta Sabah dan Sarawak (31 Oktober).

Menurutnya, peralihan daripada siaran TV Analog ke siaran TV Digital myFreeview itu adalah berikutan kejayaan ujian rintis yang telah dijalankan di Pulau Langkawi sejak 21 Julai lalu oleh pihak MCMC dengan kerjasama pihak industri penyiaran.

“Perkhidmatan siaran TV Digital myFreeview adalah antara usaha kerajaan untuk merapatkan jurang digital merangkumi penduduk di kawasan bandar, pinggir bandar dan luar bandar.

“Ia juga sejajar dengan wawasan Kemakmuran Bersama kerajaan yang membolehkan rakyat menikmati perkhidmatan TV Digital secara percuma dan berkualiti tanpa langganan bulanan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

MCMC berkata, setakat ini, sebanyak 15 saluran TV dan enam saluran radio boleh didapati di platform TV Digital myFreeview yang disediakan oleh Radio Televisyen Malaysia (RTM), Media Prima, TV AlHijrah, dan Bernama News Channel (BNC).

“Dijangkakan terdapat beberapa lagi saluran TV baharu bakal disiarkan di platform TV Digital myFreeview dalam tempoh terdekat,” katanya.

Tambah MCMC, dengan adanya siaran TV Digital myFreeview, ia turut memberi pilihan kepada rakyat untuk menonton pelbagai saluran TV, radio dan aplikasi baharu seperti membeli-belah dalam talian, informasi semasa, pendidikan interaktif dan rancangan-rancangan lain.

“Kewujudan aplikasi-aplikasi seperti beli-belah dalam talian yang menjadi trend masa kini memberi kesempatan kepada rakyat untuk menambah sumber pendapatan mereka menggunakan platform TV Digital myFreeview,” katanya.

Sementara itu, MCMC berkata, orang ramai yang masih belum beralih kepada platform siaran TV Digital myFreeview digalakkan berbuat demikian dengan mengikuti beberapa langkah.

“Dapatkan dekoder dan aerial Ultra High Frequency (UHF) dan memasang kepada set TV yang sedia ada atau dapatkan Integrated Digital TV (IDTV) yang telah dilengkapi dengan dekoder dan memasang kepada aerial UHF,” jelasnya.

Sebarang maklumat lanjut, boleh layari laman sesawang www.myFreeview.tv atau hubungi talian 1-800-181-088.

Tags: MCMCmyFreeviewtv digital
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

MCMC Beri Amaran Jangan Hasil Dan Sebar Kandungan 3R

MCMC Beri Amaran Jangan Hasil Dan Sebar Kandungan 3R

03/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) memberi amaran tegas kepada semua pihak supaya tidak menghasilkan atau menyebarkan...

Pentadbir Akaun HuaYan The Pureland Learning Centre Dipanggil MCMC

Pentadbir Akaun HuaYan The Pureland Learning Centre Dipanggil MCMC

27/04/2026
0

CYBERJAYA, 27 April 2026 – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah merakam percakapan seorang individu yang dipercayai pentadbir kepada...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd