• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, August 13, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jangan Main Layang-Layang Di Kawasan Bervoltan Tinggi

oleh
23/09/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Orang ramai sekali lagi dinasihatkan Tenaga Nasional Berhad (TNB) agar sentiasa mematuhi larangan ketika berada di kawasan yang dipasang notis makluman potensi risiko renjatan elektrik.

Bagi kawasan berdekatan talian atas bervoltan tinggi, antara aktiviti tidak dibenarkan ialah membawa peralatan panjang seperti galah dan memancing di kolam atau tasik di bawah talian.

Bermain layang-layang dan helikopter atau kapal terbang kawalan jauh serta dron juga mengundang risiko renjatan elektrik.

“Aktiviti-aktiviti tersebut amat berbahaya dan berisiko tinggi mengakibatkan renjatan elektrik dan percikan arka (flashover) yang bukan sahaja boleh merosakkan harta benda, bahkan mengancam nyawa,” katanya dalam kenyataan hari ini .

TNB turut melahirkan rasa simpati dan menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga seorang pelajar yang maut akibat renjatan elektrik ketika mengait umpan tiruan yang tersangkut pada kabel elekrik di Bachok, Kelantan Jumaat lalu.

Katanya, mangsa berada di bawah talian bervoltan tinggi yang terdedah kepada renjatan elektrik dan percikan arka (flashover).

Dalam kejadian itu, pelajar berusia 13 tahun itu telah menggunakan galah buluh yang basah untuk mengait umpan berkenaan menyebabkan dia terkena renjatan elektrik dan terus tidak sedarkan diri.

Justeru, TNB memohon jasa baik orang ramai yang ternampak situasi yang boleh mengancam keselamatan orang lain atau menjejaskan bekalan elektrik, untuk segera menghubungi Facebook TNB CareLine atau talian 15454 agar tindakan sewajarnya dapat diambil bagi mencegah perkara yang tidak diingini dari berlaku.

Tags: Layang-layangrenjatan elektrikTenaga Nasional Berhad
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

PMX Anwar Dukacita Tiga Anggota Polis Maut, Arah Siasatan Menyeluruh

PMX Anwar Dukacita Tiga Anggota Polis Maut, Arah Siasatan Menyeluruh

07/08/2026
0

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim melahirkan rasa dukacita terhadap tragedi tiga anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM)...

Ka Siong Persoal TNB Dikenakan Cukai Tambahan RM10.6 Bilion

Ka Siong Persoal TNB Dikenakan Cukai Tambahan RM10.6 Bilion

09/07/2026
0

KUALA LUMPUR - Presiden MCA, Datuk Seri Wee Ka Siong mempersoalkan adakah syarikat utiliti negara Tenaga Nasional Berhad (TNB) dikenakan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd