• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, April 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

K’jaan Selangor Beri Jaminan Tiada Catuan Air Ketika Musim Panas

oleh Ahmad Albab
27/02/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

TANJONG KARANG – Kerajaan Selangor memberi jaminan kepada rakyat bahawa tidak akan berlaku catuan air pada musim panas ketika ini.

Menteri Besar Mohamed Azmin Ali berkata Majlis Tindakan Ekonomi Selangor (MTES) Khamis depan akan membincangkan langkah alternatif yang perlu diambil untuk memastikan masalah catuan air seperti pada tahun lepas tidak berlaku.

“Saya mahu supaya persiapan lebih awal dibuat jika kemungkinan berlaku penurunan kadar air di empangan seperti bekalan air mentah ke loji rawatan dan bekalan air bersih yang akan disalurkan kepada pengguna.

“Saya tidak mahu masalah catuan ini berulang seperti tahun lepas jadi saya akan lihat semua faktor termasuk soal peningkatan penguatkuasaan di sungai-sungai supaya tidak ada pencemaran yang akan menyebabkan loji rawatan terpaksa ditutup,” katanya kepada pemberita selepas majlis penyampaian bantuan masjid di Masjid Parit Serong di sini hari ini.

Selain itu, beliau berkata pihaknya juga sedang dalam proses menyiapkan projek ‘Hybrid Off River Augmentation System’ (Horas) di Kuala Selangor yang dijangka siap pada September ini sebagai alternatif jika berlaku kekurangan bekalan air mentah.

Mengenai penggunaan air lombong sebagai alternatif untuk membekalkan air kepada pengguna, Mohamed Azmin berkata semua pihak tidak perlu bimbang kerana kandungannya telah disahkan bebas daripada pencemaran. – BERNAMA

Tags: Azmin AliKerajaan Selangor
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Lebih 20 Hari Penduduk Bergelap, Kerajaan Selangor Adakan Mesyuarat Isnin Ini Cari Penyelesaian

Lebih 20 Hari Penduduk Bergelap, Kerajaan Selangor Adakan Mesyuarat Isnin Ini Cari Penyelesaian

26/12/2025
0

PELABUHAN KLANG: Kerajaan Selangor akan mengadakan mesyuarat pada Isnin ini bagi membincangkan tindakan selanjutnya berhubung pembaikan sistem pendawaian elektrik membabitkan...

Azmin Dakwa PN Mampu Menang 33 Kerusi Di Selangor

Azmin Dakwa PN Mampu Menang 33 Kerusi Di Selangor

25/07/2023
0

KUALA LUMPUR : Perikatan Nasional (PN) yakin mampu memperoleh sekurang-kurangnya 33 kerusi di Selangor, sekali gus merampas tampuk pentadbiran negeri...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd