• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, July 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tiada Permohonan Halal Dari Pengimport Gula-Gula White Rabbit

oleh
09/09/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUANTAN – Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) setakat ini, tidak pernah menerima permohonan sijil halal terhadap gula-gula susu ‘White Rabbit’, yang diimport dari China. 

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Fuziah Salleh berkata, pengimport gula-gula itu seharusnya membuat permohonan  tersebut, yang akhirnya dapat menghentikan polemik berhubung status halal gula-gula berkenaan.

“Bagaimanapun, saya akan meminta supaya Jakim membuat siasatan, dan ujian makmal terhadap gula-gula itu bagi menentukan status halalnya, kerana isu halalnya telah lama diperkatakan dalam media sosial.

“Saya lihat isu ini menyebabkan umat Islam berada dalam keadaan dilema dan tidak pasti,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Program Ziarah Kasih Rahmah 2019, Peringkat Zon Timur di Sungai Lembing di sini, hari ini. 

Turut hadir ialah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Semambu, Lee Chean Chung dan Pemangku Ketua Pengarah Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM), Parihah Hasan.

Status halal gula-gula yang popular di China itu, sering menjadi perdebatan dan dipersoalkan di laman sosial, terutamanya selepas jabatan agama sebuah negara jiran, mengesahkan ia sebagai tidak halal kerana salah satu bahan yang digunakan.

Pada perkembangan lain, Fuziah yang juga Ahli Parlimen Kuantan menafikan khabar angin bahawa Bahagian Pengurusan Halal JAKIM,  akan diletakkan di bawah Perbadanan Pembangunan Industri Halal (HDC).

Sebaliknya, keputusan jemaah menteri ialah menubuhkan sebuah sekretariat dianggotai bersama JAKIM dan HDC, supaya kedua-duanya dapat bekerjasama bagi menambah baik kelemahan industri halal negara ini.

“Menerusi sekretariat ini, JAKIM akan terus terlibat dalam melaksanakan pensijilan halal manakala HDC akan memberi fokus kepada pembangunan industri halal,” katanya.

Fuziah seterusnya memaklumkan Yayasan Wakaf Malaysia akan mewujudkan tabung khas bagi membangunkan semula perpustakaan awam Sungai Lembing, yang musnah dalam kebakaran besar melibatkan 32 premis bangunan di situ pada 31 Ogos lalu. 

Katanya, individu yang menyumbang akan layak menerima tujuh peratus pengecualian cukai, dan potongan 10 peratus bagi syarikat, dengan maklumat lanjut berhubung tabung itu akan diumumkan pada minggu depan. 

“Saya berharap apabila perpustakaan baru dibangunkan, ia lebih moden dan turut dilengkapi dengan bahan digital dan sebagainya kerana perpustakaan juga boleh menjadi tarikan pelancong apabila berada di sini,” katanya.

Tags: Chinagula-gulaJakimsijil halalwhite rabbit
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Hampir 900 Ekor Ular Termasuk Tedung Berbisa Terlepas Dari Ladang

Hampir 900 Ekor Ular Termasuk Tedung Berbisa Terlepas Dari Ladang

11/07/2026
0

Oleh Mynewshub  BEIJING – Penduduk sebuah kampung di selatan China berdepan ancaman baharu selepas dianggarkan sehingga 900 ekor ular terlepas...

Dakwaan Hina Penduduk China: PDRM Akhirnya Buka Siasatan Tatatertib Terhadap Anggota

Dakwaan Hina Penduduk China: PDRM Akhirnya Buka Siasatan Tatatertib Terhadap Anggota

23/06/2026
0

Oleh Mynewshub  KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan telah membuka kertas siasatan tatatertib terhadap seorang anggotanya yang dikaitkan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd