• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, June 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tema Perpaduan Ummah Kekal – Asyraf Wajdi

oleh
08/09/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Tema perpaduan ummah yang akan diangkat dalam projek kerjasama UMNO dan PAS tidak akan ditukar kepada perpaduan nasional seperti khabar angin yang tersebar, kata Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki.

Menurut beliau, ura-ura yang mendakwa projek kerjasama UMNO dan PAS yang bertemakan perpaduan ummah mungkin akan ditukar kepada perpaduan nasional untuk menjadikan ia lebih inklusif kepada masyarakat berbilang kaum di negara ini adalah tidak benar sama sekali.

“Tak ada pertukaran tema. Kita akan kekalkan perpaduan ummah kerana konotasi ummah itu sudah inklusif merangkumi semua kaum.

“Nabi Muhammad SAW orang pertama yang menggunakan perkataan ummah dalam Piagam Madinah kerana ummah sudah membawa maksud semua kaum,” katanya kepada Sinar Harian.

Asyraf menambah, pada 14 September ini, Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang akan mengisytiharkan nama piagam kerjasama dua parti itu dengan tema perpaduan ummah.

“Nama piagam akan diumumkan 14 September ini, tema perpaduan ummah itu kekal,” katanya.

Sementara itu, Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Annuar Musa berkata, nama piagam pemeteraian kerjasama antara UMNO dan Pas hanya akan diumumkan pada 14 September ini.

“Saya tak boleh dedahkan apa-apa, 14 September ini kita akan umumkan,” katanya ringkas.

Manakala, Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan, sekadar menyatakan beliau tidak tahu sama ada tema itu ditukar daripada perpaduan ummah kepada perpaduan nasional.

“Saya tak tahu, cuba cari sumber yang buat dakwaan itu, Presiden akan umum,” ujarnya.

Hari ini, Malaysiakini melaporkan, menurut sumber, penggunaan kalimah “ummah” akan ditukar kepada nasional kerana ada pihak dalam parti terbabit bimbang ia disalahertikan kepada agenda khusus untuk orang Islam semata-mata.

Sedangkan, katanya, kerjasama tersebut dibina dengan merangkumi rakyat Malaysia berbilang kaum.

Penyatuan nasional mungkin menjadi tema baharu bagi piagam kerjasama UMNO dan PAS yang akan dimeterai pada 14 September nanti. – Sinar Harian

Tags: Asyraf Wajdi DusukiPASperpaduan ummahUMNO
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

“Ikhlas Apa? DAP Belasah Setiap Isu Yang BN Bangkitkan” – Hafiz Ariffin

“Ikhlas Apa? DAP Belasah Setiap Isu Yang BN Bangkitkan” – Hafiz Ariffin

19/06/2026
0

KUALA LUMPUR – Setiausaha Pemuda UMNO, Hafiz Ariffin mempersoalkan dakwaan Pengerusi DAP Johor, Teo Nie Ching yang menyatakan DAP ikhlas...

“Allah Tunjukkan Sikap Autoritarian Dan Politik Kotor PAS” – Ketua Penerangan Bersatu

“Allah Tunjukkan Sikap Autoritarian Dan Politik Kotor PAS” – Ketua Penerangan Bersatu

18/06/2026
0

KUALA LUMPUR – Ketua Penerangan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Tun Faisal Ismail Aziz mendakwa tindakan terkini Perikatan Nasional...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd