• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Hari Paling Bersejarah 14 September Ini – Tuan Ibrahim

oleh
04/09/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

TEMERLOH – Kerjasama UMNO dan PAS secara rasminya akan dimeterai menerusi piagam kerjasama kedua-dua parti terbesar Melayu itu pada 14 September ini.

Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang akan menandatangani piagam yang menjadi detik bersejarah di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) pada hari tersebut.

Menurutnya, 14 September ini akan menjadi hari paling bersejarah di mana PAS dan UMNO akan menandatangani piagam bersama demi penyatuan ummah.

“Selepas itu piagam ini akan turun ke semua negeri bagi memperkasakan muafakat kedua-dua parti ini di peringkat akar umbi.

“Kita tahu bahawa muafakat ini akan berdepan pelbagai halangan oleh parti pemerintah Pakatan Harapan (PH) yang mana mereka akan wujudkan pelbagai situasi supaya muafakat kita akhirnya akan gagal, sebab itu kita perlukan banyak pertemuan lagi,” katanya.

Tuan Ibrahim (lima dari kiri), Wan Rosdy (empat dari kiri) dan Jamil Khir (tiga dari kiri) selepas berakhirnya program jelajah tersebut di Dataran Sri Ketumbit, Kerdau malam tadi.

Beliau berkata sedemikian pada sidang akhbar sempena Jelajah Himpunan Penyatuan Ummah Peringkat Negeri Pahang di Dataran Sri Ketumbit malam tadi.

Hadir sama Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Pahang yang Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail; Pesuruhjaya PAS Pahang, Rosli Abdul Jabar; Ketua Penerangan UMNO, Datuk Dr. Shamsul Anuar Nasarah; Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kedah, Datuk Seri Jamil Khir Baharom, bekas Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob dan pemimpin-pemimpin UMNO dan PAS.

Sementara itu, Tuan Ibrahim berkata, pelbagai program akan diadakan bermula pada 13 September ini sempena pemeteraian piagam berkenaan seperti wacana ilmiah dan ceramah perdana.

“Selain itu, Wanita UMNO dan Muslimat PAS serta Pemuda kedua-dua parti juga akan mengadakan program bersama sempena pemeteraian tersebut,” katanya.

Tags: himpunan penyatuan ummahPASUMNO
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Keahlian Meningkat, 14,045 Ahli Baharu UMNO Daftar Secara Dalam Talian – Asyraf Wajdi

Keahlian Meningkat, 14,045 Ahli Baharu UMNO Daftar Secara Dalam Talian – Asyraf Wajdi

02/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki memaklumkan jumlah keahlian baharu parti itu menerusi pendaftaran secara...

Tidak Ramai Dalam Kerajaan Perpaduan Ada Pengalaman Seperti UMNO

Tidak Ramai Dalam Kerajaan Perpaduan Ada Pengalaman Seperti UMNO

02/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Timbalan Presiden UMNO menegaskan tidak ramai dalam Kerajaan Perpaduan mempunyai pengalaman luas mengurus negara seperti dimiliki parti...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd